Bekas b4ndu4n al Maunah selamat bergelar suami

HULU TERENGGANU – Bekas b4ndu4n Al-Maunah yang dibebaskan 17 Ogos tahun lalu setelah mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agong selamat melangsungkan perkawinannya hari ini.

Upacara pernikahan Ahmad Sarkawi Sulong, 50, dari Kampung Bukit Tokbat di sini dengan pasangannya, Siti Hawa Harun,34, dari Kampung Sekayu berlangsung di Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu di sini.

Pasangan mempelai itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Ramli@ Mustafa Ahmad dengan dua lafaz pada pukul 11 pagi.

Ahmad Sarkawi yang lebih mesra dipanggil Awie bersyukur kerana hasratnya untuk disatukan dengan isterinya akhirnya menjadi kenyataan walaupun telah ditangguhkan beberapa kali ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia berkata, berdasarkan perancangan awal, mereka sepatutnya melangsungkan akad nikah sepatutnya pada 5 Jun lalu

tetapi telah ditunda tiga kali sehinggalah semalam.

“Tahun ini cukup istimewa bagi saya selepas sekian lama berada di sebalik tirai besi. Saya juga tidak sangka dapat bertemu jodoh secepat ini, apatah lagi dengan kisah silam saya sebelum ini.

“Saya serta isteri diperkenalkan oleh keluarga dan kami mengikat tali pertunangan pada Mac lalu. Apabila ada wanita dapat menerima seadanya, saya benar-benar terharu dan bersyukur. Wanita umpama isteri saya ini ibarat satu dalam sejuta, sukar ditemui,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, Awie menjalani huku.man penj4ra sepanjang hayat mengikut Seksyen 121 Kanun k3seksaan atas pertu.duhan melancarkan per4ng terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Maunah pada 2000.

Begitupun, dia dibebaskan awal selepas mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63 pada 17 Ogos lalu. – K! ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese.com