Ramai luah perasaan tanda ingatan buat insan tersayang di kotak roti john, tapi mesej apa yang dikirim sampaikan si tukang tulis berend4m air mata!

MENJADI pengantara di antara dua insan yang saling merindui bukanlah satu tugas yang mudah.

Apatah lagi untuk menyampaikan mesej bahawa orang yang mereka kasihi ini tidak akan dapat pulang lagi ke kampung.

Walaupun hanya ditugaskan sebagai penulis mesej-mesej kerinduan serta pesanan pelanggannya yang tidak dikenalinya, Mariah Ramli, 21 ternyata tidak dapat menahan perasaan sed1h.

Dalam satu video yang tular di lama TikTok baru-baru ini, Mariah atau lebih selesa dengan panggilan Maria dilihat beberapa kali mengesat air matanya sewaktu sedang menulis mesej yang dititipkan pelanggannya untuk disampaikan kepada ibu mereka di kampung.

“Sepanjang bulan Ramadan lalu kami terima banyak ucapan yang menyentuh hati untuk dikirimkan kepada keluarga mereka.

“Ramai yang minta maaf sebab tak dapat balik untuk menyambut bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga,” katanya yang bertugas di Faris Kitchen Muar.

Menurutnya mesej yang paling menyentuh perasaannya adalah pesanan yang dihantar seorang pelanggan kepada ibunya di kampung.

“Yang ni sed1h sebab customer tu minta maaf dekat mak dia sebab tak dapat balik raya buat kali kedua.

“Dia cakap raya pertama ayah ada lagi, tapi raya tahun ni ayah dah tak ada, ” ujarnya sayu.

Maria tidak dapat mengawal rasa sed1h apabila menulis pesanan yang dikirimkan pelanggannya buat ibu bapa serta datuk dan nenek di kampung.

Menurut Maria selain ibu bapa, mereka turut menerima titipan pesanan buat nenek di kampung, barisan hadapan dan ada juga yang mengirim pesanan tersebut dari luar negara.

“Ada yang tulis untuk atuk dan nenek di kampung, mereka minta jangan tunggu mereka sebab mereka tak dapat balik raya.

“Masing-masing juga meluahkan perasaan rindu dengan masakan ibu di kampung, suasana kampung dan kemeriahan dapat beraya bersama satu keluarga besar, ” katanya.

Maria yang tinggal bersama keluarganya berkata melihat mesej-mesej tersebut membuatkan dia merasa bersyukur kerana masih dapat beraya serta menyambut puasa bersama keluarga.

“Sejujurnya saya tak dapat nak bayangkan perasaan tak dapat jumpa dengan ibu bapa sendiri, tak dapat makan masakan ibu, tak dapat jumpa keluarga besar.

“Sebab tu bila saya tulis nota tu saya rasa sed1h sangat-sangat, ” katanya.

Tiada apa yang diinginkannya selain melihat secebis senyuman anggota keluarga yang terp.isah setelah sekian lama ini.

“Saya harap dengan nota yang saya titipkan pada kotak Roti John itu, dapat saya luahkan isi hati sebenar pengirim.

“Sekurang-kurangnya penerima akan merasa gembira dan sedikit sebanyak mengubat rasa rindu mereka kepada insan tersayang, ” katanya.

Selain berterima kasih, pelanggannya turut berkongsi kegembiraan ahli keluarga masing-masing setelah menerima pesanan tersebut.

“Ada yang cakap ibu bapa, atuk dan nenek mereka men4ngis terharu bila dapat pesanan makanan yang kami hantar, ” katanya.

Tulisan tanggannya yang kemas dan cantik menarik perhatian netizen.

Sementara itu bercakap mengenai tulisan tangannya yang menarik perhatian warga netizen, Maria berkata tulisannya sering mendapat pujian sejak dari zaman sekolah lagi.

“Saya tak praktis pun, tapi memang ada cikgu dan kawan-kawan kata tulisan saya lawa tapi saya macam tak percaya sebab saya rasa tulisan saya biasa-biasa sahaja.

“Dalam keluarga mungkin ibu saya sama tulisannya, ” katanya.

@fariskitchenmuar

Maria Nangis..😭😭 ##fyp ##fyppppppppppppppppppppppp ##fypシ ##viral ##rotijoncheesesekapal ##tiktokmalaysia ##fariskitchenmuar

♬ bunyi asal – Faris Kitchen Muar

@fariskitchenmuar

Teringat Kad Raya dulu dulu..😭 ##fyp ##fyppppppppppppppppppppppp ##fypシ ##viral ##tiktokmalaysia ##raya ##fariskitchenmuar ##fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound – Zee5

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar