Dilayan Seperti Bayi, Gadis Terh4ru Teman Lelaki Janji Suap Makan Sampai Tua

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat.

Apa yang pasti, seorang wanita sangat beruntung jika mempunyai kekasih yang penyayang dan sentiasa melayan kehendak teman wanitanya.

Seperti video dikongsikan oleh seorang gadis bernama Sofianorhanie Sabari ini atau mesra dipanggil Phia sangat bertuah kerana kekasihnya melayannya seperti bayi.

Malah, Phia turut berkongsikan teman lelakinya, Haris pernah berkata akan menyuapnya makan sehingga ke hari tua.

Menerusi perkongsian video, difahamkan pada Mac lalu genap sebulan pasangan itu menjalin hubungan cinta.

Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang cemburu melihat momen romantis teman lelaki menyuapnya makan di dalam kereta.

Malah, ramai mereka yang single ‘s4kit hati’ melihat kemesraan mereka. Netizen juga turut memuji gadis tersebut yang tetap cantik meskipun sedang makan.

 

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin serta dikurniakan mendapat pasangan yang penyayang.

SUMBER: TikTok phihanie

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : gulapop