“Dah Nak Masuk 40, Doakan Saya Dapat Jadi Ibu”. Elizad Berhasrat Cuba Lagi Buat IVF

Sebelum ini pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad hanya sempat merasai pengalaman h4mil buat seketika tahun lalu. Namun tiada rezekinya apabila kegvgvran dan sehingga kini masih berusaha dan tak berputus asa.

Teruja tengok kawan-kawan ada anak

Melalui perkongsian Elizad, dia bersangka baik dengan ujian Allah serta akan kembali menjalani proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekali lagi pada tahun ini.

“Tahun lalu saya kegvgvran. Namun, saya takkan berputus asa dengan apa yang berlaku. Saya selalu positif dan akan terus berdoa.

“Jadi, tahun ini harapnya datang semangat semula untuk terus mencuba. Tengok kawan-kawan seangkatan serta yang sebaya ramai dah jadi ibu, buat saya teruja. Saya risau lagi dua, tiga tahun usia nak masuk 40-an dan saya masih tiada zuriat. Doakan saya,” katanya.

Akan lebih beringat dan kurangkan aktiviti lasak

Dalam pada itu, Elizad berkata kali ini dia akan lebih berhati-hati agar perkara lalu tidak terjadi lagi serta akan mengurangkan aktiviti lasak.

“Selepas buat IVF nanti, saya nak lebihkan berehat dan tak nak terlalu banyak bergerak. Malah, saya akan cuba kurangkan aktiviti lasak.

“Dulu, mungkin kerana saya banyak bergerak. Sekarang saya dah ada pengalaman, Insya-Allah saya ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Pada November tahun lalu, Elizad berkongsi berita duk4 apabila mengalami kegvgvran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun kegvgvran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.

Kredit : Rotikaya 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Keluarga