Mempunyai bermacam bakat seni merupakan satu kelebihan yang diimpikan oleh ramai selebriti terutamanya bagi mereka yang baru menceburi industri hiburan.
Tetapi siapa sangka rupanya dalam diam, pelakon tinggi lampai Mimi Lana mempunyai suara yang lunak sehingga membuatkan ramai yang tidak menyangkakan perkara itu.
Mimi telah memuat naik video nyanyiannya di aplikasi TikTok yang mana ia kini telah ditonton sebanyak 2 juta kali di platform tersebut.
Me while tumbuk sambal belacan 🤫
Rata-rata komen yang ditinggalkan turut teruja serta terkejut mendengar nyanyian pelakon berusia 26 tahun itu yang dilihan menyanyi dengan bersahaja sambil mengikat rambutnya.
Lebih menarik lagi ada yang menyangkakan bahawa suara tersebut dimiliki oleh gadis dari luar negara kerana sebutan lirik lagu yang sangat jelas.
Dalam masa yang sama, video nyanyiannya yang kedua turut menerima banyak pujian daripada pengguna TikTok.
Sis cuba walaupun lidah berbelit 🤫
Mungkin lepas ni Mimi boleh cuba menyanyi pula kan, suara dah ada ni!
Boleh jadi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuatkan ramai menyedari bakat terpendam dalam diri masing-masing kan.
Sumber foto dan video: TikTok dan Instagram Mimi Lana
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HotFM