BCL syukur deria rasa dan bau kembali pulih selepas 10 hari ku4rant1n – “Berat badan semakin naik kerana dah ada n4fsu makan!”

SELEPAS 10 hari menjalani ku4r4nt1n kendiri, penyanyi Bunga Citra Lestari berkongsi keadaan kesihatannya yang kini sudah semakin pulih.

Bunga Citra Lestari atau lebih mudah digelar sebagai BCL meluahkan rasa syukur apabila deria rasa dan bau kini sudah kembali pulih dan tidak lagi mengalami dem4m.

Bagaimanapun BCL memberitahu dia masih berdepan dengan masalah b4tuk manakala empat orang rakannya yang turut menjalani ku4r4nt1n bersama sudah pulih sepenuhnya.

BCL kongsi keadaan dirinya di laman Instagram.

“Alhamdulillah, keadaan fizikal saya semakin baik dan badan mula bertenaga. Deria rasa dan bau juga mula kembali pulih dan dem4m juga sudah tiada lagi.

“Antara kami, hanya saya seorang saja yang masih b4tuk… yang lain sudah tidak b4tuk. Tapi berat badan nampaknya semakin naik kerana sudah ada n4fsu makan,” tulisnya di Instagram pada Rabu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Penyanyi lagu Cinta Sejati itu berkongsi mengenai keadaan kesihatannya menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama empat orang lagi rakannya.

Deria rasa dan bau juga mula kembali pulih dan dem4m juga sudah tiada lagi.

BUNGA CITRA LESTARI

PENYANYI

Sebelum ini, isteri kepada pelakon allahy4rh4m Ashraf Sinclair itu memaklumkan dirinya sedang menjalani ku4r4nt1n kendiri selepas disahkan positif c0v1d-19 pada 13 Jun lalu.

BCL turut menegaskan dia bukan dij4ngk1ti c0v1d-19 selepas pulang dari percutian di Bali seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut BCL, dia sudah meneruskan aktiviti hariannya selepas pulang dari pusat percutian itu pada 2 Jun lalu memandangkan keputusan ujian calitan pertamanya negatif.

BCL disahkan positif c0v1d-19 pada 13 Jun lalu.

Bagaimanapun nasib BCL tidak baik apabila dia disahkan positif c0v1d-19 selepas menjadi kontak rapat beberapa penarinya yang bertemu dengannya pada 10 Jun lalu.

Dalam pada itu, BCL juga berkata dia dan rakan-rakannya sudah melakukan ujian calitan PCR pada pagi Rabu dan berharap semuanya akan kembali baik seperti biasa.

“Pagi tadi kami ada melakukan PCR dan berharap semuanya akan baik sahaja,” katanya.

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar