13 Tahun Tak Dibuka? Suami Mend1ang Suzanna Ded4hkan Isi Almari Peribadi Isterinya

Siapa sangka suami ratu h4ntu Indonesia Clift Sangra masih menyimpan barang milik isteri pertamanya Suzzanna, walaupun sudah 13 tahun berlalu Clift masih setia menjaga dan menyimpan kemas barang-barang milik aktres popular itu.

Keadaan Barang Peribadi Suzzanna Dalam Keadaan Baik

Dipetik dari MataMata berdasarkan video rakaman yang di rakam oleh Trans TV Official dan Insert Investigasi, Clift menunjukan barang-barang milik isteri pertamanya masih dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Dalam rakaman tersebut Clift menayangkan barang peribadi milik Suzzanna seperti baju kebaya yang di pakai ketika pergi ke set penggambaran, dua botol minyak wangi, bedak compact, pemerah pipi dan dua tas tangan milik Suzzanna.

Selain itu, katil, almari pakaian dan kerusi yang terdapat di dalam bilik tidur Suzzanna juga masih dalam keadaan elok dan terjaga meski sudah 13 tahun berlalu.

Gincu Di Masukkan Dalam Peti Kem4tian

Menerusi rakaman video tersebut Clift turut berkongsi rahsia yang disimpan kemas selama ini, iaitu gincu milik Suzzanna di masukkan ke dalam peti kem4tian bersama aktres tersebut.

“Kalau lipstick (gincu) permintaannya bunda sendiri, dimasukkan ke dalam peti m4ti. Itu lipsticknya (gincunya) bunda yang sering dipakai bunda setiap hari.

Bunda pernah bilang sama saya, ‘Kalau saya men1ngg4l, ini lipsticknya (gincunya) dimasukkan ke dalam peti’. Jadi begitu bunda dimasukkan ke dalam peti m4ti, lipsticknya (gincunya) saya taruh di tanganya bunda.” Ujar Clift

Sofa Suzzanna Dikekalkan

Selain barang peribadi, Clift juga masih mengekalkan sofa kegemaran Suzzanna yang berada di ruang tamu. Dan dimaklumkan oleh Clift, sofa kulit klasik ini merupakan tempat aktres ratu h4ntu ini beristirehat sambil menonton televisyen.

Tak sangka barang-barang peribadi dan perabot milik Suzzanna masih disimpan sehingga ke hari ini.

 

Sumber : Murai my