“PM Akan Umum Pakej Bantuan COVID-19 Berskala Besar” – KJ

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan c0v1d-19 dalam skala besar.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

“Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini,” katanya memetik laporan The Star.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya pada Khamis.

Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tek4nan ekonomi ketika pandemik c0v1d-19.

Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh.

Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via TTK