Kartunis yang terkenal dengan karya ‘Blues Untuk Aku’, Saari Sulong, 48, atau lebih dikenali sebagai Aie dilaporkan telah men1ngg4l dunia kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.
Akibat Kompl.ikasi Buah Pinggang
Menerusi hantaran sahabatnya yang juga kartunis, Ujang atau Ibrahim Anon di laman Facebook,allahy4rh4m men1ngg4l dunia dipercayai akibat komplikasi buah pinggang.
Imbas kembali kenangan Blues Untuk Aku, karya bersiri tersebut begitu popular era 90-an biarpun ia bukanlah berpaksikan genre komedi seperti komik dan kartun yang lain.
Voice-Over Bagi Watak Singh Dalam Usop Sontorian
Buat yang tidak tahu, allahy4rh4m Aie juga merupakan individu di sebalik suara Singh dan Arba bagi animasi Usop Sontorian suatu ketika dahulu.
Sepanjang hayatnya, Aie bukan sahaja bergelar kartunis, malah pelbagai ‘portfolio’ lain turut tersemat bersamanya. Antaranya allahy4rh4m juga merupakan Ketua Studio, Penolong Ketua Kartunis, Ketua Unit Ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan tanah air yang menerbitkan majalah Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.
Blues Untuk Aku kini tinggal kenangan, terima kasih atas karya yang mewarnai era 90-an. Al-Fatihah, salam takziah buat keluarga allahy4rh4m dari kami di Murai.my.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai my