Ruhainies ‘Ku Doakan Kau Bahagia’ – Azrel

“MUNGKIN saya tidak kaya seperti bakal suaminya dan saya tidak kecewa, cuma sedikit terkilan apabila hubungan kami berakhir.”

Begitu kata pelakon Azrel Ismail, 33, mengenai pelakon Ruhainies yang dikatakan sudah dilamar kekasihnya dikenali sebagai Mr E ketika bercuti di Itali, baru-baru ini.

Azrel berkata, dia tetap mendoakan yang baik-baik untuk Ruhainies dan bakal suaminya yang juga ahli perniagaan itu.

Menurutnya, dia mengetahui berita Ruhainies dilamar kekasihnya itu menerusi berita yang dilaporkan media.

“Saya juga ada menghantar ucapan tahniah di Instagram miliknya, baru-baru ini. Saya memang selesa ketika berkawan rapat dengannya sejak kami berlakon sama dalam drama Menantu Ting Tong, dua tahun lalu.

“Namun, saya melihat ada yang tidak kena dalam hubungan kami dan terpaksa akur kami tiada jodoh,” katanya kepada Harian Metro.

Azrel berkata, dia juga tiada masalah untuk berlakon dengan Ruhainies andai dipertemukan dalam mana-mana drama selepas ini.

“Kami juga masih berhubung sebagai kawan di Instagram dan saya juga sudah meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya tiada masa untuk bersedih kerana lebih baik saya fikirkan karier yang masih jauh lagi,” katanya.

Ditanya mengenai pengganti pula, kata Azrel, dia masih belum bertemu wanita idaman.

“Terus terang, ramai wanita yang cuba mendekati dan mahu berkawan tetapi saya masih mencari calon yang tepat,” katanya.

Status yang pernah dimuat naik Azrel sebelum ini

Azrel : Anis awak cuci muka pakai gula ker? 

Ruhainies : Ngada2 laaa awak ni, kenapa

Azrel : Sebab saya tengok muka awak ni Manis sangat macam gadis Bangladesh Kah Kah Kah 

Terdahulu, Ruhainies, 26, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mendedahkan dilamar Mr E dengan berlatarkan Plaza Duomo Milan di Itali sempena genap setahun perkenalan mereka.

Selain itu, ayat ‘will you be mine’ yang diungkapkan jejaka itu membuatkan dirinya terharu dan sangat bahagia.

Mr E yang kini menetap di London turut membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.

Walaupun bercinta jarak jauh, Mr E juga setia dan serius dalam hubungan dengan Ruhainies sekali gus nampak misi untuk menyuntingnya.

RUHAINIES KONGSI MOMEN TERINDAH DILAMAR MR E

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Setelah dilanda gosip percintaan mengenai hubungan pelakon Ruhainies dan dikaitkan dengan beberapa individu, kini, Ruhainies mengakui telah dilamar oleh salah seorang ahli perniagaan. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan identiti jejaka itu dan hanya memperkenalkan sebagai Mr E sahaja. Siapa Mr E ini ye?

Ruhainies kongsi detik termanis dalam hidupnya ketika dilamar berlatarbelakangkan Plaza Duomo Milan.

Beberapa video dimuatnaik pelakon ini di laman Instagram rasminya sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. Mungkin ada tertanya-tanya, siapakah jejaka yang hanya dikenali sebagai Mr E ini?.

Ruhainies mengakui sudah dilamar kekasih ketika mereka bercuti di Itali, tempoh hari. Malah, lamaran itu dibuat sempena genap setahun perkenalan mereka.

Saya tidak menjangka dia lamar saya dengan berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan. Ayat ‘will you be mine’ yang diungkapkan membuatkan saya terharu dan berasa sangat bahagia. Malah, hingga sekarang masih terngiang-ngiang lagi ungkapan indah itu.

Banyak kali dia cakap. Saya fikir dia bergurau. Apabila sampai di London, dia buat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.

Kisah cinta Ruhainies

Ruhainies sebelum ini pernah kongsi kisah percintaannya bersama media tetapi masih lagi enggan mendedahkan Mr E yang telah berjaya mencuri hatinya. Apa yang pasti, Mr E itu seorang ahli perniagaan yang kini menetap di London. Dia juga memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.

Saya seakan berada dalam dunia ‘fairy tale’ dengan layanan istimewa itu. Dia sangat sempurna di mata saya. Saya tak pernah berasa curiga dengan kejujurannya. Bersamanya saya rasa sangat selamat dan disayangi.

Dia setia orangnya meski kami bercinta jarak jauh. Dia serius dengan hubungan ini malah saya nampak visi dan misi untuk menyunting saya sebagai suri hidupnya.

Tak nak terburu-buru

 

Sekarang ini dia sedang persiapkan diri untuk menjadi suami. Cuma, saya tak nak terburu-buru kerana nak beri laluan kepada kakak, Risteena dahulu. Lagi pula hubungan kakak dengan kekasihnya sudah lama. Sekiranya, kakak kahwin tahun depan, baru saya fikir untuk ke fasa sama juga. Apa pun, doakan saja yang baik-baik untuk kami

Meskipun sudah dilamar, pelakon kecil molek ini memberi laluan buat kakaknya, Risteena dahulu untuk naik ke atas pelamin dan mendirikan rumah tangga.

KOMEN NETIZEN :

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Metro via IslamikInfo