Luna Maya Tak Kisah Kalau Tak Berkahwin? Ini Alasannya

Aktres, penyanyi, dan model Indonesia, Luna Maya yang kini sudah berusia 37 tahun tidak dapat menafikan ramai pihak yang mula mempersoalkan mengenai bilakah dia akan berkahwin. Menerusi video di saluran Youtube Koko Edrics, Luna Maya bercakap mengenai perkahwinan dan jodohnya di masa yang akan datang.

via Youtube

Tidak Merasa Keseorangan

Luna Maya mengakui bahawa dia tidak merasa keseorangan walaupun dia masih belum mempunyai pasangan hidup dan mempunyai cara tersendiri untuk membuat dirinya bahagia.

“Apabila saya sampai di rumah, walaupun saya keseorangan, selepas saya tidur, ianya baik-baik sahaja. Maksudnya di sini, anda tidak perlu merasa hidup itu perlu sesuatu untuk bahagia.”-Luna Maya

Anggap Ianya Sebagai Perbualan Kecil

via Youtube

Luna Maya atau nama penuhnya Luna Maya Sugeng memberitahu dia merasa tidak terg4nggu dengan pertanyaan bila dia akan berkahwin yang disoalkan oleh semua orang. Dia turut menganggap pertanyaan tersebut merupakan sebuah perbualan kecil yang akan mendorong ke arah perbualan tertentu.

“Ini sudah seperti budaya perbualan. Jadi saya sudah tidak merasa terg4nggu dan saya tidak merasa seperti orang itu cuba menyinggung perasaan saya.”-Luna Maya

Walaupun begitu, Luna Maya memberi peringatan satu hal penting mengenai pertanyaan tersebut.

“Saya tidak terg4nggu, tetapi masyarakat harus memahami bahawa pertanyaan itu sebenarnya adalah pertanyaan yang tidak sopan.”-Luna Maya

Tolak Untuk Pasrah Menerima Apa Sahaja Karakter & Wajah Pasangan

via Youtube

Pelakon filem Rumah Kentang ini pada mulanya kelihatan tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan mengenai apakah yang dimahukan pada pasangannya di masa akan datang. Luna Maya kemudian memberitahu bahawa siapapun pasangan hidupnya nanti merupakan pasangan yang terbaik yang dititipkan oleh Tuhan, dan menolak untuk pasrah menerima apa sahaja karakter atau wajah pasangannya nanti.

“Saya adalah seorang yang memilih, ya. Kita yang akan bersama dia setiap hari. Saya akan tidur di sebelahnya, makan bersamanya.”-Luna Maya

Tidak Mahu Menjadi Beban Rumah Tangga 

Luna Maya turut menegaskan bahawa dia tidak mahu menjadi beban rumah tangga ketika dia hanya pasrah menerima pasanggan dari segi karakter atau wajah.

“Kita lebih baik cuba mencari orang yang tepat dan baik untuk kita dan mudah-mudahan kita boleh sama-sama seiring. Tetap ada prosesnya.”-Luna Maya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my