Masih ramai dalam kalangan rakyat yang keliru dan menganggap Malaysia sudah pun beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak kelmarin.
Sebaliknya, Menteri Kanan (k3selamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa seluruh negara masih lagi dalam Fasa 1 PPN yang diumumkan pada 15 Jun lalu.
“Peralihan fasa dalam PPN tidak bergantung kepada satu-satu tarikh dan jika sudah capai tiga nilai ambang ketika tempoh singkat, maka fasa berikut dilaksanakan segera,” katanya.
Beliau menerusi kenyataan hari ini merujuk kemarrahan rakyat apabila menyangka negara sudah pun memasuki Fasa 2 PPN selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
MKN Teliti Beri Kelonggaran Kepada Negeri-Negeri Catatkan Kes COVID-19 Yang Rendah
Majlis k3selamatan Negara (MKN) meneliti kelonggaran kepada negeri-negeri yang mencatatkan k3s cov1d-19 yang rendah, lapor Bernama memetik kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri.
Tambah perkongsian agensi berita itu, prosedur operasi standard (SOP) bagi fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi setiap negeri perlulah selari dengan SOP digariskan MKN.
Kerajaan Umum Tindakan Kepada Selangor dan KL Petang Nanti
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memfokuskan kepada dua negeri iaitu Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana kedua-dua negeri itu masih terdapat peningkatan k3s yang tinggi.
Menurut Ismail Sabri, k3s masih tinggi kerana Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan adalah antara penyumbang k3s terbesar dalam negara.
Beliau turut menyatakan keadaan sekarang tidak adil untuk negeri negeri lain yang mempunyai k3s yang rendah tetapi masih tidak boleh ke FASA 2 kerana negeri lain k3s tinggi.
VIDEO:
Sumber : Utusan Online / Siakap Keli / Malaysia Gazette
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :