Sejak semalam, tul4r beberapa gambar memaparkan kegembiraan pelancong dari beberapa negara tiba di Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket.
Selepas lebih setahun ditutup ekoran pandemik Covid-19, Phuket akhirnya dibuka kepada pelancong asing.
Difahamkan, pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu lagi menjalani kuar4ntin sekiranya mereka sudah mendapatkan svntikan vaksin Covid-19 lengkap.
Svntikan itu perlu lah sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari dan hasil ujian saringan wajib negatif ketika tiba di negara ini.
Presiden Persatuan Pelancongan Thailand, Bhummikitti Ruktaengam berkata, pelancong perlu menunggu keputusan ujian saringan di dalam bilik hotel dan sekiranya negatif, mereka bebas bergerak di seluruh Phuket.
“Jika mereka ingin mengunjungi bahagian lain di Thailand, mereka perlu duduk di Phuket sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu,” katanya.
Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di beberapa platform media sosial, netizen Malaysia dilihat agak sedih apabila tidak dapat menyertai pelancong negara lain ke Phuket.
“Bestnya tarik beg luggage bercuti, lama tak merasa”
“Bila lah Malaysia nak kurang k3s ni, aku dah rindu nak travel, travel dalam negara pun jadilah,” tulis beberapa netizen.
Difahamkan, Phuket menjadi wilayah pertama di Thailand yang menerima kunjungan pelancong asing tanpa keperluan kuar4ntin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak