Kec0h… Ramai peminat nak cu.cuk v4ksin di PPV UKM gara-gara Daiyan Trisha, ada yang sanggup ambil lebih 2 d0os!

TEMPOH lockdown yang berpanjangan nampaknya membuka ruang kepada lebih ramai selebriti tempatan untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan (PICK).

Terbaharu pelakon Daiyan Trisha menjadi tumpuan netizen selepas berkongsi aktiviti hujung minggunya di media sosial apabila menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menyedari hal itu, para peminat aktres tersebut dilihat semakin tidak sabar untuk mendapatkan sunt.ikan vak.sin masing-masing dengan ada yang turut berharap agar diberi peluang untuk menukar lokasi bahan pelali berkenaan.

Alaaa nak cu.cuk vaksin kat UKM la mcm ni.

“Macam mana nak request tukar venue for second dose? Hahahaha.

Perkongsian Daiyan di Instagram miliknya.

Yay Daiyan kat UKM, Cantik! Makin ramai la orang daftar vak.sin lepas ni. Kalau macam ni hari-hari aku nak vaksin,” demikian antara komen lucu netizen.

Mengulas mengenai reaksi lucu itu, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkata dia tidak menyangka menerima respons yang positif daripada netizen.

Ujar Daiyan sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menyertai inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bagi membantu petugas barisan hadapan.

“Kelakar juga apabila baca komen-komen netizen, namun hakikatnya sebelum saya sertai sebagai sukarelawan pun sudah ramai yang ada kesedaran nak ambil vaksin.

Vaksin sangat penting… lagi ramai orang ambil vaksin, lagi cepat kita boleh kembali kepada kehidupan normal.

DAIYAN TRISHA

PELAKON

“Tapi mungkin belum berkesempatan dan masih menunggu panggilan di aplikasi MySejahtera. Apabila saya join mungkin ia boleh beri lebih kesedaran kepada orang ramai.

“Kalau mereka jadi lebih bersemangat nak datang ambil vaksin kerana Daiyan kat sana… kira bagus la. Sekurang-kurangnya dapat menyeru rakyat Malaysia untuk ambil vaksin. Alhamdulillah jika itu dapat membantu,” katanyanya kepada mStar.

Menurut Daiyan, tujuannya menyertai sukarelawan MyVac adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya pengambilan vaksin.

Daiyan ingin memberi kesedaran berhubung vaksin kepada orang ramai.

Dia yakin pengambilan vaksin boleh mencegah j4ngk1tan c0v1d-19 serta berupaya memulihkan ekonomi negara.

“Sebelum ini pun memang saya dah selalu share dekat Twitter untuk ajak orang pergi vaksin, agak aktif la.

“Vaksin sangat penting. Lagi ramai orang ambil vaksin, lagi cepat kita boleh kembali kepada kehidupan normal.

“Tolong dapatkan vaksin dengan segera sebab sangat penting untuk memulihkan negara dan ekonomi,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar