Baru Je Ismail Sabri Masuk Pejabat Sebagati TPM, Sekali Saifuddin Bagi Satu Nasihat

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, perlu menasihati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) supaya henti berpolitik, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata kerajaan PN berkuasa penuh untuk membuat dasar bagi menangani cov1d-19 dan memulihkan ekonomi sejak dar.urat diisytiharkan pada Januari lalu.

Pun begitu, katanya, beberapa tindakan yang diambil kerajaan tiada kaitan dengan langkah membendung cov1d-19.

“TPM berpesan usah berpolitik, tumpu lawan cov1d. (Tetapi) Umno tarik sokongan (terhadap Muhyiddin) tak ada kena mengena lawan cov1d.

“PM lantik Ismail jadi TPM tak ada kaitan lawan cov1d. Bahkan sekelumit pun tak ada faedah kepada rakyat. Ini hanya langkah PM nak selamatkan diri bukan selamatkan rakyat.

“Pesan saya kepada TPM: halakan pesan anda kepada PM, rakan-rakan dalam PN dan seangkatan,” kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Kulim Bandar Baharu dalam satu kenyataan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Julai lalu mengumumkan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan menuntutnya meletakkan jawatan serta-merta.

Umno pada masa ini mempunyai 38 ahli parlimen tetapi sebilangan besar mereka tidak bersetuju penyin.gkiran Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu.

Beberapa jam sebelum sokongan Umno itu ditarik balik, Muhyiddin menaikkan pangkat Ismail Sabri, yang merupakan na1b presiden Umno daripada menteri kanan kepada timbalan perdana menteri.

Saifuddin berkata, kerajaan PN mempunyai lebih setengah tahun untuk memerangi w4b4k cov1d-19 dengan memiliki kuasa yang luas apabila parlimen diga.ntung.

“Parlimen tutup. Tiada lagi semak imbang. Dalam tempoh ini kerajaan boleh buat undang-undang tanpa perlu parlimen. Kerajaan boleh berbelanja tanpa perlu parlimen.

“Kabinet dan Majlis k3selamatan Negara boleh buat apa sahaja. Rakyat hanya terima,” jelasnya.

Begitupun katanya, k3s postif harian cov1d-19 dan kem4tian akibat w4b4k itu terus meningkat.

“Ekonomi terus melemah. Rakyat hil4ng kerja, hil4ng pendapatan. Anak-anak sekolah kelam-kabut dengan PdPR. k3s bunvh diri meningkat,” tambahnya.

Semalam, Ismail menggesa semua pihak terutama ahli politik supaya berhenti berpolitik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang sedang mengalami k3susahan akibat w4b4k cov1d-19.

“Sekarang ini fokus kita mestilah membantu rakyat yang sedang dalam k3susahan dan dalam masa yang sama strategi untuk menentang cov1d-19 ini perlu juga disokong oleh semua,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mula tugas TPM

PUTRAJAYA –  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di pekarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan.

Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis k3selamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentadbiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Menerusi laman Facebook beliau, Ismail Sabri melahirkan rasa syukur atas pelantikan tersebut dan menyifatkan jawatan yang disandang itu sebagai amanah yang lebih besar.

“Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai. Insya-ALLAH, saya akan melakukan yang terbaik,” kata Ahli Parlimen Bera dan Na1b Presiden UMNO itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/