Kuala Lumpur: Dirayu supaya menjadi bapa angkat kepada enam anak, antara permintaan luar konteks yang diterima badan bukan kerajaan (NGO) ketika menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas akibat pandemik cov1d-19.
Selain itu, ada pemohon yang meminta vitamin, daging itik salai dan peti sejuk tambahan, yang mana barangan itu dirasakan tidak ‘sesuai’, lalu tidak tidak dipertimbangkan.
Pengerusi Intelek Muda Nasional (Intelek), Mohammad Fadly Mohd Zain berkata, dia menerima ‘tawaran’ untuk menjadi bapa angkat kepada enam beradik di Pulau Pinang selepas memeriksa permohonan golongan memerlukan, hari ini.
Katanya, permohonan itu dibuat ibu tunggal yang memberi alasan, sebagai pengerusi NGO, beliau berkemampuan untuk menyara semua anaknya.
“Terkejut saya membaca profil k3s yang dihantar pagi tadi. Pemohon mengatakan dia mengetahui Intelek banyak membantu masyarakat di dalam k3susahan dan dakwanya, anak-anaknya kurang kasih sayang dan perlukan perhatian seorang bapa.
“Ini antara permohonan pelik yang saya terima, walaupun sudah dinyatakan kami hanya menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan (juga barangan keperluan), masih ada yang meminta yang bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Selain itu, Mohammad Fadly berkata, Intelek juga menerima permohonan untuk peti sejuk tambahan, dan siasatan dibuat mendapati peti sejuk yang berada di rumah pemohon masih lagi elok.
“Dalam k3s ini, kami terpaksa bagi keutamaan kepada mereka yang betul-betul memerlukan terlebih dahulu kerana ramai lagi yang benar-benar susah,” katanya.
Sementara itu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang berkata, antara permintaan pemohon yang terpaksa diabaikan adalah bantuan daging itik salai dan vitamin.
Menurutnya, siasatan dibuat mendapati itik salai itu dimohon wanita 30-an yang sedang mengandung kerana mengidam dan ia tidak dapat dipenuhi suaminya disebabkan kehil4ngan kerja ketika PKP.
“Saya tahu dia mengandung tetapi kami hanya ada bekalan makanan asas untuk diagihkan. Jadi sukar memenuhi kemahuannya.
“Sama juga yang meminta vitamin, kita tidak dapat penuhi. Sebelum PKP, individu itu mengambil pelbagai jenis makanan tambahan dan vitamin serta berharap kita dapat beri bekalan,” katanya.
Kuan berkata, di sebalik permintaan ‘istimewa’ sebegitu, beliau akan terus membantu orang memerlukan seikhlas mungkin dan memberi bantuan makanan agar tiada yang kelaparan.
Beliau juga menjangkakan program bantuan itu akan berlangsung lama susulan arahan PKP yang dikenakan, malah setakat ini sudah menyalur 600 pek makanan kepada mereka yang terjejas.
Berikut reaksi netizan
“Org yg benar2 susah tidak akan meminta benda yg pelik2. Dapat makan nasi dgn telur dan sardin pun dah rasa sgt sedap dan bersyukur sgt2. Hanya org yg pernah ada pengalaman hidup susah faham perasaan itu.”
“Kat rumah aku entah berapa kali dpt sardin ,susu manis, tepung ,gula..beras entah berapa kg kampit tu byk lg..yg selalu kena beli sayur dan lauk..ank dua org, isteri masak ringkas je,jimat kan mn blh,x yah byk komplen ape org bg..hr ni dpt telur,esok bt lah lauk telur.. masing-masing cuba lawan keinginan nk mkn sedap2..tgk KFC pun cakap je nk mkn tu..tp hakikatnya skrg hidup takat mn yg blh”
“Pada peringkat awal aku x bersetuju dgn sesetengah pihak yg bgtau jgn terlalu mudah meminta-minta dan angkat bendera putih..baru paham..rupa2nya ada yg salah guna utk kepentingan diri sendiri…sehinggakan pihak berwajib xdpt menolong mereka yg memerlukan dgn sepatutnya…pihak berwajib pun kdg kala sukar nk pastikan k3sahihan mereka yg memerlukan.akhirnya bantuan tersebut sampai kpd org yg salah…”
sumber: hmetro
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : trendingsangat.pw