Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan dia akan bersalin anak pertamanya, petang ini.
Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Ayda menjelaskan jangkaan bersalin terpaksa diawalkan seminggu daripada tarikh sepatutnya.
Dia turut memohon doa ramai semoga dia dan bayi yang bakal dil4hirkan berada dalam keadaan sihat selamat.
“Assalamualaikum semua. Insyaallah baby wuvv akan keluar petang ni. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.
“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya & baby sihat dan selamat. Amin,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sementara itu menerusi Insta Stories, Ayda turut memuat naik dirinya yang berada di sebuah h0sp1tal swasta sambil ditemani suaminya, Nabil Mahir.
Adiknya, Sabira Jebat turut berkongsi keadaan terkini penyanyi lagu Mata itu.
Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembed4han, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Foto: Instagram Ayda Jebat via mh
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook