Alami kontr4ksi, bayi songs4ng, ini yang berlaku pada Ayda Jebat

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bakal menjalani proses pembed4han bagi melahirkan bayi sulungnya petang ini.

Perkara tersebut dikongsikan Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, menerusi hantaran Instagram sebentar tadi.

Kata pelantun lagu Parah Parah itu, dia akan melahirkan ba.yi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal daripada tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘ba.by wuvv’ (gelaran ba.yinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.

“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Empat jam lalu, Ayda memuat naik gambarnya sedang terbaring di atas katil h0sp1tal sambil ditemani suami, Nabil Mahir.

Dia juga turut memuat naik semula (repost) hantaran InstaStory adiknya, Sabira Jebat yang memohon doa orang ramai agar urusan bersalinnya dipermudahkan.

Menurut Sabira, Ayda terpaksa melahirkan bayinya lebih awal kerana mengalami kontraksi bersalin selain keadaan bayinya yang s0ngs4ng di dalam perut.

“Doakan kakak saya dipermudahkan urusan bersalin hari ini. Bayi Ayda dan Nabil dah tak sabar nak keluar!

“Kecemasan sebab kontraksi dan bayi s0ngs4ng. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kakak. Kami sayang awak. Ivy tak sabar nak tengok sepupu dia,” tulis Sabira.

KOMEN RAKAN ARTIS :

Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook