Dah Bergelar Suami, Sekali Harini Remy Ishak Buat Keputusan Yg Mngejvtkan Semua

BARU sahaja dikejutkan dengan keputusan pelakon Zul Ariffin menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular 34 (ABPBH34), kini rakan seangkatannya Remy Ishak turut membuat tindakan sama.

Mengakui produk filem atau drama lakonannya kurang pada tahun lalu, pemilik nama Mohammad Zalimie Ishak ini mahu memberi ruang kepada calon yang lebih layak.

Pelakon berusia 39 tahun itu juga berterima kasih kepada pihak penganjur serta peminat yang sentiasa menyokong kariernya selama ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat.

REMY ISHAK

PELAKON

“Assalamualaikum semua. Saya telah memaklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori di ABPBH34.

“Memandangkan tahun lalu, produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang, saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak bertanding.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong perjalanan kerjaya saya,” kata Remy.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu memberitahu perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Rabu.

Remy berkongsi perkara itu di Instastory.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan penjelasan daripada Remy gagal apabila aktor tersebut tidak membalas mesej.

Sekitar tahun 2019, Remy pernah mengeluarkan kenyataan tidak terkilan apabila belum mengenggam mana-mana trofi di ABPBH biarpun sudah 15 tahun berada dalam industri.

Baginya, berada dalam calon finalis lima teratas sudah memadai untuk rasa disayangi dan dihargai.

Tambah pelakon filem Sangkar ini, dipilih untuk berada dalam senarai juga sudah dianggap sebagai penghargaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar