Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan sesuai digambarkan buat pasangan pengantin merpati dua sejoli yang selamat disatukan walaupun berbeza umur hampir empat abad.
Umur bukan penghalang
Seperti perkongsian pemilik TikTok dikenali sebagai Eca menceritakan ibu tersayang berusia 59 tahun selamat disatukan dengan calon suami pilihan yang berusia 22 tahun. Walaupun, perbezaan umur sebanyak 37 tahun perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang buat pasangan ini.
Gadis ini pada masa yang sama, turut mendoakan supaya ibu dan bapa tirinya terus kekal bahagia hingga ke syurga. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah tersebut dan pada masa yang sama sempat menitipkan doa buat pasangan ini.
Video penuh:
Kalau dah jodoh tak ke mana!
Sumber: Eca via ohbulan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook