Sedang Tunggu Tawaran Negara Ketiga, PDRM Bagi Satu Nasihat Kepada Keluarga Sajat

Bukit Aman hari ini mengedarkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dipegang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur saj4t selepas didedahkan akhbar ini sejak Isnin lalu.

Selain itu, gambar Nur saj4t ketika disoal siasat pihak Imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di kond0minium di Bangkok turut diedarkan.

Untuk rekod, Harian Metro memetik sumber mendedahkan kad pelarian Nur saj4t bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Laporan itu menyebut Nur saj4t sedang dibantu negara tertentu dan pertubuhan antarabangsa termasuk UNHCR di Bangkok dan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, proses pengeluaran kad pelarian berkenaan agak kontroversi disebabkan proses Nur saj4t mendapatkannya dalam masa singkat berbanding pelarian lain.

Malah, UNHCR di Malaysia juga pernah dilanda kontroversi kerana dilaporkan menjual kad pelarian itu hanya dengan harga RM120 pada 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan jen4yah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak Imigresen sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur saj4t yang mana selepas itu dia turut memohon kad UNHCHR di Bangkok.

Menurutnya, dalam proses permohonan itu akhirnya beliau mendapat status pelarian terbabit.

“Beliau (Nur saj4t) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.

“Nur saj4t juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat p0lis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Kenyataan Abd Jalil itu sekali gus mengesahkan laporan bersiri secara eksklusif akhbar ini sejak disiarkan Isnin lalu.

Dalam perkembangan sama, Abd Jalil berkata, kes Nur saj4t ini kecil saja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan p0lis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.

“p0lis akan meneruskan proses membawa pulang saj4t kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjen4yah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun berg4ntvng kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya.

PDRM minta keluarga nasihat saj4t balik hadapi pertuduh4n

Beliau berkata, keluarga Nur saj4t juga diharap dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertudvh4n di m4hk4mah syariah yang tidak seberat mana.

“Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini,” katanya.

PDRM kini dalam proses permohonan ekstradisi terhadap Nur saj4t.

Muhammad Sajjad dikehendaki di negara ini atas beberapa kes antaranya menggunakan keker4san jenay4ah untuk men4akutkan dan menghalang penjawat awam menjalankan kewajipan selain kes penipu4n pertukaran nama dan jantina.

Beliau turut dikehendaki selepas waran t4ngkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke prosiding sebutan semula kes pertudvh4n melibatkan berpakaian menyerupai wanita di m4hk4mah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

ABD Jalil menunjukkan salinan kad pelarian saj4t. FOTO Eizairi Shamsudin

“Ujian Ini Berat Untuk Saya & Keluarga”- Adik Perempuan saj4t Akhirnya Bersuara

Dipetik dari laporan Harian Metro, adik kepada Nur saj4t, iaitu Nur Mustika Kamaruz Zaman merayu kepada semua pihak agar memberi peluang kepada usahawan tersebut untuk menebus segala kesalahan yang dilakukan.

“Saya juga berharap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.”-Tutur Mustika Kamaruz Zaman

Ujia.n Yang Bera.t

Beliau menambah, ujian yang berlaku ini adalah ujian yang berat untuk dirinya dan keluarga.

“Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami hanya Allah SWT yang tahu.”-Jelas Mustika Kamaruz Zaman

Nur saj4t kini diarahkan untuk melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari. Beliau yang kini memegang kad pelarian UNHCR didakwa mahu berpindah ke Australia selepas dibu.ru pihak berkuasa tempatan dan diug.ut bunu.h kerana mengumumkan mahu keluar dari Islam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Trending Sangat