Mesti ramai yang akan setuju, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini membuatkan rasa rindu dekat ahli keluarga tu semakin membuak-buak. Apatah lagi, untuk mereka yang terpaksa tinggal berjauhan dan berada di negeri lain.
Seperti apa dilalui oleh gadis ini, nyata membuatkan sesiapa yang melihat akan berasa tersentvh dan jeles.
Tak balik sejak PKP… Opah tak percaya cucu balik
Sejak baru-baru ini, sebuah video mengenai pertemuan seorang nenek dan cucunya ini menjadi viral apabila dikatakan tidak balik ke kampung sejak PKP lalu.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang gadis dikenali sebagai Anis di TikTok, apabila dia menunjukkan saat bertemu semula dengan Opahnya setelah sekian lama tak berjumpa.
Dalam video tersebut, menunjukkan Anis membuat kejutan dengan berada diluar rumah Opahnya. Dia sempat membuat video untuk melihat reaksi neneknya itu, dan ternyata opahnya itu kelihatan terkejut.
Anis menyatakan yang dia suka mengusik neneknya, dan dia dilihat menc1um neneknya berulang kali melepaskan rindu. Segan cucunya menc1um berulang kali, si Opah melarang Anis buat sebegitu lagi dengan mengatakan dirinya belum mandi.
Opah tunggu saja depan tandas
Selepas itu, mereka memasuki rumah dan Anis dilihat memeriksa tahap kesihatan neneknya lalu menemannya makan.
Apa yang lebih manis untuk dilihat, Opah sanggup menemani Anis untuk ke tandas dan dia hanya duduk di tangga sambil menunggu cucu kesayangannya itu. Walaupun agak lama menunggu, Opah tidak berg4njak dari tempatnya.
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan hingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 507k tontonan.
“Awak buat saya menangis”
Di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan perkongsian oleh gadis ini. Ada yang menyatakan mereka berasa sed1h melihat momen manis cucu dan nenek ini. Selain itu ramai juga yang menyatakan Anis sangat beruntung mempunyai seorang nenek yang sangat penyayang.
Comel je tengok karenah cucu dengan nenek ni. Seronok betul siapa yang masih ada datuk dengan nenek ni, doakan mereka supaya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : lobakmerah