Aktres berbakat, Nabila Huda memuji semangat dan kesungguhan anaknya, Keisha yang sentiasa mengembara dan melakukan aktiviti lasak bersamanya.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Nabila, Keisha tidak pernah merungut meskipun dia dibawa ke tempat yang tidak selesa.
“Power lah Keisha! Just wanna let you know, Mummy tengok gambar ni (foto di entri tersebut), terharu gila, I am so proud of you.
“Dari kecil sampai besar, awak layankan je mummy awak ni kan, masalahnya mummy bawa lah awak pergi mana pun, awak ikut saja tanpa merungut.
“It doesn’t matter jauh mana, tinggi mana, adventure gila sampai masuk gua, water rafting, tidur khemah, hiking, naik mountain, pergi tengah laut, buat benda gila and unplanned, no complain from you,” tulisnya sebagai kapsyen.
Beberapa hari lalu, Nabila membawa Keisha ke Cambodia untuk melakukan aktiviti kemanusian di sana sempena hari lahir anaknya itu.
Nabila berpendapat lawatan ke negara itu mempunyai keistimewaan dan kebaikan tersendiri buat mereka berdua.
“Trip kali ini terlalu istimewa, one day you akan faham kenapa I chose this trip on your birthday, yang penting sekali, you made it! Level up! More to come baby, let me fly you all around the world,” tambahnya mengakhiri kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dan mengucapkan syabas kepada Keisha.
Komen netizen;
Go power mommy…
Kash anak yang baik…
Adorable keisya…
VIDEO;
Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011. Keisha atau nama seenarnya Keisha Laila adalah anak hasil dari perkahwinan pertamanya itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak