Badan Panas, Nak Mvntah Dan Pit4m Ketika Sesi Live, DSV Kena Gangguan Mist1k?

Kongsi DSV atau turut popular disapa Vida, keadaannya ketika sesi siaran langsung yang tertangguh itu menyebabkannya lemah, panas badan dan hampir muntah.

“Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?

“Saya terkena apa-apa ke? g4ngguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas.. Saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya yang turut menjemput beberapa individu ke rumahnya untuk menunaikan solat hajat.

Dalam perkembangan terkini ketika sesi siaran langsung Instagram malam tadi, Vida turut ‘mendinding’ dirinya dengan mencetak beberapa ayat Al-Quran termasuk ayat Kursi.

“Saya dah sediakan ayat Kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam. Jadi, hari ini siapa nak ‘buat’ kat saya, saya dah letak ayat Kursi lebih dahulu.

“Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Gempak