Penampilan terkini Amyra Rosli menjadi tumpuan ramai apabila dia dikatakan terlalu kurus.
Malah, fikizal terkininya itu membuatkan ada suara-suara nakal mengatakan pelakon jelita ini makan hati dan sedang sakit.
Hanya tertawa saat diajukan persoalan tersebut, heroin Nur 2 ini menjelaskan, dia menjual produk kurus dan lebih selesa menjadi testimoni.
Lalu, ia secara tidak langsung menjadi bukti mendapat kepercayaan pelanggan terhadap keberkesanan produk yang dijual.
“Saya buat testimoni untuk pembeli juga. Kalau orang kata, Mira ni dah kurus, sebab tu jual ubat kurus.
“Sebenarnya memang saya tak besar dulu tapi dari berat yang asal, kini berat saya lebih ringan iaitu 41 kilogram sahaja.
“Lagipun sekarang ni memang sibuk, dengan jaga anak tanpa pembantu, mungkin itu juga antara penyebab. Akan tetapi, tapi saya sihat, jangan risau,” katanya.
Sekali lagi, Amyra turut menjelaskan mengenai produk berkenaan.
“Bukannya nak kurus, tapi sebab saya jual produk kurus dan jadi testimoni sendiri.
“Bila kerap testimoni untuk dapatkan ramuan terbaik, secara tak langsung beri kesan kepada berat badan. Tapi saya tak makan hati ya.
“Saya tak ada masalah asalkan saya sihat. Amar pun tak complain apa-apa, kenapa kurus ke buruk ke, jadi saya tak peduli apa orang cakap,” tegasnya.
Pada masa sama, Amyra turut memberitahu sejak kelahiran Aqeef Anaqi, rezeki juga tidak pernah putus.
Malah naluri keibuan mendorongnya untuk lebih berusaha keras demi menjamin kehidupan yang lebih baik.
“Bila ada anak, otak sentiasa ligat berfikir untuk cari pendapatan lebih. Kalau dulu, saya lebih banyak berehat jika tak ada penggambaran.
“Lagipun barang bayi mahal, jadi saya kena kerja,” katanya sambil ketawa.
Biarpun banyak tawaran menghujani mereka sekeluarga terutamanya Anaqi, namun dia tidak mahu memaksa anaknya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.
“Selalunya jika majlis santai, memang saya akan bawa anak. Namun jika ada produk yang mahu hanya dia seorang tanpa saya atau Amar, memang akan tolak. Saya tak mahu paksa.
“Saya tak benarkan untuk Anaqi kerja sendiri. Kasihan dia,” tuturnya lagi.
Terdahulu, Amyra ditemui pada majlis berbuka puasa ‘Mother’s Day Iftar anjuran The Calla & Flores KL di Hotel Hilton, pada Ahad.
“Siapa Kata Myra Tak Pernah Gemok?TENGOK NI..”- Amyra Rosli
Amyra telah mendedahkan kepada netizen bahawa dia juga pernah mengalami masalah berat badan sehingga fotonya dimuat naik dengan menunjukkan kegemukannya pada masa dulu di Instagram dan telah menjadi tumpuan sehingga mendapat lebih 100 ribu likes.
Namun niatnya itu bertukar menjadi bahan lawak apabila netizen tidak menganggap berat badan Amyra sebelum ini itu adalah gemuk tetapi sekadar chubby bagi mereka.
Kalau lah yang pink tu dia cakap gemuk..
Itu bukan gemok but chubby ja
Gemuk ke tu
Macam tu gemuk Mira kata!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram AmyraRosli via MH