“Kau apahal? Gil4!’,” Tukang cat jalan impi beli kereta mewah, dulu Hairul Azreen ditertawakan! – Life

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi sedikit cerita berkenaan dirinya yang  pernah digelakkan rakan sekerja mengenai impian besar untuk memiliki kereta mewah sewaktu dia bertugas sebagai tukang cat jalan raya pada tahun 2007 yang lalu.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia tidak pernah lupa pada ins1den lama itu (digelakkan oleh rakan sekerja) yang baginya menjadi satu bukti bahawa  menyimpan angan-angan besar bukan mejadi satu kesalahan .

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.

“Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta ‘sport’ laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus menjerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli ‘sebiji’ (kereta).

“Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, ‘Kau apahal? Gil4!’,” katanya.

Pelakon filem Paskal itu juga percaya kata-kata yang dilontarkan itu juga sebenarnya satu ungkapan  doa, selain bekerja-keras memajukan diri demi mencapai sesuatu impian dihajati setelah sekian lama.

“Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa,” katanya.

KOMEN NETIZEN : 

Sumber : Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook