Ratu Cantik Filipina Gayakan Gaun Hasil Tenunan Para Bandu4n. Mengagumkan!

Kebanyakan ratu cantik sentiasa memilih pereka fesyen terkenal untuk menghasilkan gaun yang akan mereka gayakan dalam sebarang pertandingan.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan ratu cantik dari Filipina ini yang menerima pujian melambung gara-gara memilih untuk menggayakan gaun cantik hasil rekaan banduan-banduan.

EliteReaders

Kenali Emma Mary Tiglao yang baru-baru ini mewakili wilayah Pampanga, Filipina dalam pertandingan ratu cantik Binibining Pilipinas.

Dalam pertandingan berkenaan, terdapat beberapa sesi yang diketengahkan dan salah satunya adalah Kostum Kebangsaan.

EliteReaders

Emma telah meminta pereka bernama Rich Sabinian untuk menghasilkan rekaan gaun terbaik untuk membolehkannya memenangi pertandingan berkenaan.

Menariknya mengenai proses penghasilan gaun terbaik ini, kedua-dua Emma dan Rich langsung tidak perlu bersusah-payah mengupah tukang jahit untuk menghasilkan fabriknya.

Sebaliknya, mereka memutuskan untuk menggunakan fabrik yang ditenun sendiri oleh para banduan di Penjara Daerah Angeles.

Fabrik ini ditenun dengan menggunakan teknik tenunan tradisional yang disebut sebagai ‘solihiya’. Hasilnya begitu menakjubkan dan sempurna sekali gus membuatkan Rich dan memilih nekad untuk menggunakan fabrik berkenaan…

EliteReaders

Menurut perkongsian Rich, gaun ini dinamakan ‘Fe Esperanca Caridad’ yang membawa maksud ‘Kepercayaan, Harapan dan Amal’. Nama ini dipilih bagi melambangkan usaha keras yang dicurahkan untuk menghasilkan gaun berkenaan di samping menjadi simbol kepada kekayaan budaya dan warisan daerah Pampanga.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh Facebook rasmi BJMP Penjara Daerah Angeles, dilihat Emma dan Rich sama-sama melawat penjara tersebut untuk mengetahui perkembangan hasil tenunan gaun mereka. Ternyata, kedua-duanya sangat mengagumi hasil kerja tangan para banduan ini.

Emma kelihatan berbangga ketika menggayakan gaun tersebut dalam satu sesi penggambaran untuk pertandingan Binibining Pilipinas itu. Bukan sahaja itu, Emma turut akan menggayakan gaun sama dalam Pertunjukan Fesyen Kostum Kebangsaan yang akan berlangsung pada 29 Mei akan datang…

EliteReaders

Binibining Pilipinas 2019 akan diadakan di Smart Araneta Coliseum, Quezon City, Filipina pada 9 Jun hadapan. Para pemenang kemudian akan melangkah ke peringkat seterusnya untuk mewakili negara Filipina dalam pertandingan Miss Universe 2019 dan Miss International 2019…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Elite Readers via @EraBaru