Usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya hanya keletihan dan tidak sesekali disihir oleh sesiapa.
BACA: DSV Solat Tahajud Sebelum Ke Rumah Iqbal Pukul 3 Pagi, Yakin Dah Kena Sihir! – “Aku Runtuhkan Maruah Cari Jantan Sebab Nak Selamatkan …”
Respons semulajadinya yang terkejut dengan kehadiran Vida di kediamannya pada pukul 3 pagi itu jelas Iqbal kerana dirinya penat dan tiada mood.
“Saya penat dari pagi shooting kemudian sambung meeting. Ada kelas vokal juga. Malam sambung program. 3 program saya shooting.
“Datang 3 pagi tanpa saya tahu, masuk rumah sampai ke belakang, itu saya terkejut. Mood saya tak baik, saya penat memanglah macam tu. Bukan kena sihir,” tulisnya di laman Facebook Gempak.
Mengulas mengenai kisah sihir seperti yang didakwa Vida, dia beranggapan itu hanya simptom tekanan perasaan yang dialami usahawan wanita itu kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki.
“Sejak bertahun dulu, setiap kali ada masalah dengan saya, berpegang pada bomoh. Cubalah sekali faham perasaan saya mengapa saya berubah. Rujuk dengan doktor seperti saya sarankan juga, mana tahu ada s4kit. Untuk apa gelek telur di pipi begitu?
“Baru-baru ini mengadu selalu muntah dan berkata terkena sihir. Padahal stress setiap hari sebab WhatsApp saya tak balas.
“Saya sudah cukup masak berdepan beliau, setiap kali saya tak layan, terus tak tentu arah. Saya pun kasihan lalu saya pujuk beliau jangan stress, serta merta hilanglah sihir beberapa hari.
“Setelah saya diamkan diri, sihir datang kembali dan terjah rumah saya tanpa pengetahuan 3 pagi. Katakan rindu dan memaksa saya melayan beliau,” jelasnya.
Ekoran pendedahan Vida pada Ahad bahawa Iqbal telah disihir, jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu dihujani dengan pertanyaan dari keluarga dan kenalannya bertanya khabar.
Tegas Iqbal dia bagaimanapun tetap melayan tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan cara yang baik terutama Vida yang jauh datang dari Perak ke Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Malah, jelasnya, kulit wajahnya tidak pernah berubah seperti yang didakwa Vida sebelum ini.
“Saya tidak begitu suka beliau mahu bergambar. Kulit saya tetap putih sebab datuk nenek saya ada keturunan Cina dan Siam. Saya tidak rasa muka saya kotor dan hitam.
“Tiada edit untuk selindungkan hitam. Saya tidak rasa macam yang beliau katakan. Rasanya sama saja seperti wajah sebelum kena sihir,” katanya.
Vida sebelum ini pernah berkongsi sedang menjalani rawatan perubatan cara Islam bagi mengeluarkan sihir yang dihantar kepadanya dengan tujuan hasad dengki. Antara prosedur yang dilakukan difahamkan adalah dengan cara menulis ayat suci pada kulit telur dan digelekkan pada wajah bagi ‘menyedut’ keluar sihir yang dihantar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:Gempak