Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi jenamanya, SimplySiti mengambil pendirian terbuka apabila memilih gadis tidak berhij4b, Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, sebagai wajah wakilan produk berkenaan.
Menurut Siti, 42, para peminat yang mengikuti perkembangan dirinya sejak dulu sudah mengetahui mengenai personaliti yang dibawa ibu kepada dua cahaya mata ini.
“Kalau ikutkan asalnya saya pun memang tak berhij4b dan seterusnya saya berhijrah dan berhij4b. Tetapi untuk satu jenama SimplySiti ini saya lebih terbuka.
“Lebih-lebih lagi apabila saya mempunyai ‘followers’ yang mengikuti perkembangan saya sejak dulu hingga kini.
“Jadi mereka sudah sedia maklum mengenai imej saya. Akan tetapi dalam ‘mencvri’ hati anak-anak muda, kami percaya Zahra memang sesuai untuk mewakili mereka,” katannya.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu SimplySiti di Menara Kuala Lumpur, pada Rabu.
“Berhij4b atau tidak bukan faktornya. Itu personal seseorang di mana dia akan buat keputusan untuk dirinya satu masa nanti.
”Tetapi untuk membawa nama SimplySiti itu, saya senang memilih individu yang ada keperibadian, wajah dan kebijaksanaan untuk menarik generasi baharu seperti Zahra untuk mengenali produk saya,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi lebih 700 penyertaan dalam Pencarian Wajah SimplySiti, penyanyi Anta Permana ini turut mempunyai alasan tersendiri memilih gadis berkenaan sebagai duta produknya itu.
Tambahnya lagi, Zahra bukan sahaja diberi tugas sebagai jurucakap SimplySiti tetapi perlu hadir ke pejabat bagi mendalami mengenai produk dan perniagaan dalam misi menjadi usahawan berjaya.
“Dia perlu didedahkan dengan lebih banyak ilmu berhubung produk dan perniagaan bukan semata-mata sebagai duta sahaja yang mempromosikan diri dengan produk dalam media sosial,” katanya.
Zahra merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UITM).
Siti pada masa sama tidak menghalang sekiranya Zahra mempunyai peluang berlakon selepas ini selagi sentiasa fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai duta produk.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mediahiburan