Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan hari ini bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial termasuklah pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober sehingga 27 November depan.
“Larangan ini akan mula berkuatkuasa pada 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.
“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya.
Perkara tersebut juga telah dimuat naik ke laman sosial rasmi KKM serta Khairy Jamaluddin sendiri merujuk kepada PRN Melaka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia
Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah tidak dibenarkan. Larangan ini berkuatkuasa 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.
Kenyataan penuh @Khairykj pic.twitter.com/kD0GNoh4K1
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 24, 2021
Tak hanya itu, beliau juga memberi respon kepada satu video tular berkenaan perhimpunan yang dilakukan di Melaka dengan menyatakan pihak KKM akan mengumumkan SOP PRN dalam masa terdekat.
Hal ini susulan kebimbangan pihak KKM apabila melihat banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP. Jadi, bermula esok (25.10.2021) sebarang majlis berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan.
SPR akan umumkan SOP PRN dalam masa terdekat. Namun SOP PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. KKM risau sebelum itu ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP. Oleh itu, dibawah Akta 342, bermula esok, sebarang majlis berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan. https://t.co/xRZgQX4cnD pic.twitter.com/XF2YAS5Pjn
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 24, 2021
Untuk makluman pengundian untuk PRN Melaka dijangka akan dilakukan pada 20 November 2021. Sehubungan dengan itu, ramai yang menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan berkenaan kerana risau apa yang berlaku ketika PRN Sbar beruang semula.
Ketika itu, kes harian Cov1d-19 mulai meningkat secara mendadak susulan aktiviti berkempen dilakukan sehingga negara terpaksa melakukan ‘lockdown’ sekali lagi untuk menurunkan kadar j4ngk1tan yang berlaku.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/