Setiap ibu yang mengandung pasti akan melalui pengalaman yang berbeza-beza antaranya ialah dari segi pemakanan. Ada dalam kalangan mereka yang tidak boleh menghidu bau sesuatu jenis masakan atau makanan. Tidak kurang juga ada yang tidak boleh menghidu bau badan suami dan minyak wangi.
Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang ibu, Nur Ain melalui pengalaman agak pelik sehingga menjadikan wajahnya seakan-akan wanita berumur.
Tambahnya lagi, dia memberitahu wajahnya menjadi begitu semasa dia mengandungkan anaknya yang kedua. Mukanya secara tiba-tiba telah mula membengkak dan berkedut tanpa mengetahui sebabnya. Tambahnya lagi, dia amat terkejut melihat keadaan mukanya itu kerana dia tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini semasa keh4milannya yang pertama.
Menerusi Facebook, wanita ini akui malu apabila orang ajak bergambar sejak berbadan dua susulan penampilan wajahnya bertukar sedemikian rupa. Biarpun pengalaman keh4milan kali kedua agak berbeza daripada anak sulung sekitar jarak 8 tahun lalu, namun dia akui seronok apabila ramai caring terhadapnya gara-gara keadaan tersebut.
Walau bagaimanapun, Nur Ain tak menafikan terdapat juga mulut-mulut yang melemparkan ayat tidak enak kepadanya. Selain teguran seperti terkena sumpahan, ada sesetengah wanita yang malah fobia untuk mengandung gara-gara tidak mahu muka berkedut sepertinya. Namun di sebalik ujian itu, si suami paling tak jemu memuji dirinya cantik selain langsung tidak pernah menyatakan sebarang kata-kata burvk terhadap penampilannya ketika itu.
Setelah 4 bulan bersalin, wajahnya dilihat sudah beransur-ansur pulih semula seperti sediakala. Dalam pada itu, Nur Ain turut memuat naik gambar cahaya mata keduanya sambil berselor0h konon dialah yang ‘mengambil’ seri wajahnya ketika h4mil dulu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : FB Cik Nur Ain, https://www.malaysiatimes.news/