Hari ni diucap tahniah, esok terima ucapan takziah! Suami reda isteri men1nggal sehari selepas berkahwin – “Pukul 3 pagi dia beritahu sakit kepala”

PERASAAN pilu di hati, tak siapa mampu mengerti.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang kehilangan isterinya, hanya selepas sehari mendirikan rumah tangga.

Kisah sed1h pasangan pengantin baharu ini tular di media sosial dan rata-rata warganet menitipkan doa kepada arw4h dan memberikan kata-kata semangat kepada suaminya.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Amirul Akmal, 25, kehilangan isterinya Siti Saraf Ismail yang berusia 25 tahun pada Ahad, hanya dalam tempoh 24 jam selepas mereka bergelar suami isteri.

Mohamad Amirul berkata, selepas selesai majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, isterinya mengadu mengalami s4kit kepala dan kemudiannya menyambung semula tidur seperti biasa.

“Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami s4kit kepala.

“Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya,” katanya yang ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Karang, Banggu, Kelantan pada Isnin.

Amirul (kanan) segera menghubungi ambulans setelah melihat isterinya memerlvk4n bantuan oksigen.

Mesra disapa Amirul, dia yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata dia melihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur pada pagi Ahad.

Bagaimanapun selepas itu, dia dan keluarga cemas apabila melihat Siti Saraf mengalami ses4k nafas.

“Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlvk4n bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.

Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami s4kit kepala

MOHAMAD AMIRUL AKMAL

“Bagaimanapun, isteri disahkan men1nggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di h0sp1tal Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.

Hasil bedah si4sat yang dilakukan di h0sp1tal Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) doktor mengesahkan Siti Saraf yang bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya men1nggal dunia akib4t pend4rahan dalam otak sebelah kanan.

Walaupun dugaan yang dilalui oleh Amirul sangat berat, tetapi dia tenang dan reda dengan takdir yang telah tertulis dariNya.

Amirul membuat hebahan majlis perkahwinannya di laman Facebook.

Arw4h isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Karang pada Ahad.

Kata Amirul, arw4h isterinya men1ngg4lkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga dan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Siti Saraf sebelum men1nggal dunia adalah, “Abang… kita dah kahwin.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar