Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Aming. Nama yang tidak asing lagi dalam media sosial bagi penggemar konten-konten atau tips penyediaan makanan yang sangat menarik perhatian pemerhati.
Dalam tweet beliau yang terkini, Khairul Aming berkongsi secara ringkas tentang perjalanan beliau dalam membangunkan produk ‘Sambal Nyet’ yang telah dilancarkan genap setahun yang lalu. Sangat Menginspirasikan! Rujuk thread dibawah untuk perkongsian beliau.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇♂️🙏🏻 [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Lelaki ini juga menceritakan sedikit sebanyak bagaimana proses pembuatan ‘Sambal Nyet’ yang pada awalnya hanya bermula di rumah, kemudian berpindah ke lot kedai dan akhirnya ke kilang yg seluas 14,000 kaki persegi. Pelbagai cabaran dan ujian yang beliau hadapi. Cerita yang sangat menginspirasikan bagi golongan usahawan diluar sana.
Khairul juga didalam tweetnya, sempat mengusik netizen dengan memberi hint yang beliau akan melancarkan produk yang kedua selepas dari ‘Sambal Nyet’.
Sama-sama kita nantikan dan semoga maju jaya buat pasukan Khairul Aming!
Sumber: Khairul Aming Official Twitter