Pengarah, Syafiq Yusof menyifatkan abangnya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sememangnya memiliki sentvhan magis dalam menghasilkan filem-filem blockbuster pada usia yang muda persis bapanya Datuk Yusof Haslam.
Menurut Syafiq, ada kalanya dia berasa sedikit ketinggalan jika ingin dibandingkan dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh abang serta bapanya itu.
Katanya lagi, kesemua filem-filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini pernah mengalami fasa jatvh dan bangun.
Ciapan adik kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Syafiq terhadap filem arahan abangnya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Twitter menarik perhatian netizen.
Ciapan s4yu itu seolah-olah melambangkan luahan perasaan Syafiq yang juga merupakan seorang pengarah terhadap hasil karyanya sebelum ini.
Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda. Aku je yg filem kadang2 laku kdg2 tak laku haha..😂 tapi takpe, rezeki tu ketentuan Tuhan. Yg penting kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang2 naik kdg2 jatuh..But never give up! Salute #MatKilau
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) June 27, 2022
Menurut Syafiq, setiap sentvhan naskhah abangnya itu pasti mendapat tempat di kalangan penonton jika dibandingkan dengan karyanya.
Menyifatkan Syamsul memiliki sentvhan emas sama seperti bapa mereka iaitu pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, Syafiq bagaimanapun tetap tidak akan berputvs asa untuk menghasilkan karya seterusnya.
“Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda. Aku je yang filem kadang-kadang laku kadang-kadang tak laku haha…
“Tapi takpe, rezeki tu ketentuan Tuhan. Yang penting kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang-kadang naik kadang-kadang jatvh… But never give up! Salute #MatKilau,” coretnya.
Sementara itu di ruangan komen ciapan berkenaan, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Syafiq.
Mereka juga mengatakan karya Syafiq tidak kurang hebatnya sama seperti Syamsul.
Bagaimanapun, Syafiq memaklumkan dirinya tidak pernah berasa ir1 hati sebaliknya dia menjadikan kejayaan abang serta bapanya sebagai pemangkin semangat untuk menghasilkan lebih banyak filem-filem hebat selepas ini.
Sekadar informasi, sepanjang bergelar pengarah, Syafiq telah menghasil pelbagai filem-filem tempatan antaranya Villa Nabila, KL Special Force, Misteri Delaila dan banyak lagi.
Malah, ada yang memuji svntikan kreativiti Syafiq dalam penghasilan beberapa naskhah filem arahannya seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, Desolasi dan SAM.
Terdahulu, Mat Kilau berjaya mencatatkan rekod penjualan tiket yang member4ngs4ngkan sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Mat Kilau juga berjaya mendapat kutipan RM12 juta dalam masa empat hari tayangannya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Gempak, MH