Hanya Berhubung Soal Anak-anak, Rossa Sera Sudah Letak Nokt4h Hubvngan Dengan Shuk Sahar

LEBIH setahun kemelvt rumah tangga di antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera menjadi perbualan h4ngat masyarakat dan tidak kurang yang keliru dengan status sebenar pasangan ini.

Kedua-duanya dilihat meneruskan kehidupan masing-masing namun masih belum ada kata putvs sama ada akan mengambil jalan berp1sah atau pun kembali bersama.

Merasakan dirinya tidak lagi mampu memberi kebahagiaan buat Shuk, Sera meletakkan noktah terhadap hubungan mereka dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Sera ambil keputusan akhiri rumah tangga bersama Shuk.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan meny4kiti diri sendiri.

“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri dis4kiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

“Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya ketika muncul dalam program Meletop pada malam Selasa.

Rumah tangga pasangan itu sebelum ini sering dil4nda bad4i apabila pelawak itu didakwa bersikap cur4ng terhadapnya.

Melihat apa yang berlaku sebagai satu ujian buat mereka berdua, Sera memberitahu dia sentiasa memberi kata-kata semangat buat Shuk untuk terus tabah berhadapan dengan dugaan.

“Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah sal4hkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia

ROSSA SERA

“Sepanjang berdepan dengan mas4lah ini, saya banyak mengadu dengan ibu bapa selain berserah kepada Allah untuk apa sahaja ketentuan-Nya. Saya perlu banyak bersabar,” katanya.

Sera sebelum ini pernah mended4hkan sudah memfailkan cer4i terhadap Shuk pada November lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar