“Jangan Kau Nak Meraih Simpati”- Izreen Azminda Dah Kurang Berlakon, Tapi Ini Kata-kata Sind1ran Dari Netizen

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda ada membuat pengakuan bahawa dia sekarang lebih fokus kepada dunia keusahawanan daripada dunia seni lakon.

Menurut Utusan Malaysia, Izreen sekarang enggan lagi terlalu memfokus kepada dunia seni lakon meski mengaku masih ada tawaran yang datang padanya.

Foto: IG Izreen

Fokus utamanya sekarang adalah pada dunia keusahawanan. Baginya, walaupun sudah tidak berlakon sangat sekarang, tetapi dia masih gembira kerana mempunyai perniagaan sendiri.

Menurut Izreen juga, baginya dengan berniaga dia lebih mendapat pulangan kewangan yang lebih berbanding daripada dunia lakonan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by I.z.R.e.e.N.a.z.M.i.n.d.A (@izreen.azminda)

Tambahnya, jikalau terlibat dalam dunia lakonan, bukan selamanya akan berada diatas dan setaip pelakon akan ada fasa naik dan fasa jatvh.

Foto: IG Izreen

“Masa saya berlakon, banyak benda tak mampu nak bayar. Rumahlah, keretalah. Tapi bila dah berniaga sekarang, semuanya dah selesai. Saya pun rasa lega dan tenang sekarang. Banyak yang Allah bagi nikmat itu dan kuncinya adalah sabar.

“Dulu, kalau orang kata pasal sabar, saya umpama tak percaya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bila Allah bagi saya rasa nikmat kesabaran itu, serius, saya baru faham akan keajaibannya.

“Berganda Allah bagi. Tapi ingat, kuncinya kena sabar, usaha dan tawakal,” katanya.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan di Facebook milik Utusan Malaysia. Melihat diruangan komen, ramai netizen yang memberikan respon terhadap perkongsian tersebut.

Namun, dalam banyak-banyak komen negatif ada segelintir netizen yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Izreen dalam menceburi bidang keusahawanan.

Foto: Murai, Utusan Malaysia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook