Perniagaan Terjejas Selepas Pelanggan Tul4r Video Di Media Sosial, Ini Pended4han Haqiem Rusli

PENUL4RAN video memperlihatkan seorang pelanggan tidak berpvas hati dengan kedudukan mejanya di restoran milik Haqiem Rusli sekitar Ramadan lalu telah menjej4skan perniagaan penyanyi itu.

Haqiem, 24, berkata, meskipun tindakan lelaki itu telah menjej4skan repvtasi restorannya, Santhai Village, namun dia tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pelanggan itu yang dianggap sengaja mereka cerita.

“Kejadian itu berlaku sebelum waktu berbuka puasa dan kami membuka meja lebih disebabkan pelanggan yang ramai tetapi bukan di kawasan kedai.

Tidak mahu panjangkan cerita, Haqiem ambil langkah berdiam.

“Sekiranya kami tidak berbuat demikian, mungkin dia tidak dapat berbuka puasa ketika itu.

“Tiada sebarang keperluan untuk saya beri maklum balas tentang hal tersebut kerana ia bukan salah kami. Memang terk1lan kerana apa yang berlaku sedikit sebanyak menjej4skan perniagaan saya,” katanya kepada mStar.

Haqiem berkata demikian ketika majlis santai bersama artis rakaman FMC yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, pelanggan tersebut meluahkan rasa kecewa apabila kedudukan mejanya jauh dengan tempat mengambil makanan selain tiada pencahayaan di tempat itu.

Apa yang berlaku adalah urusan dia dengan Tuhan. Tak perlu untuk saya ambil tindakan

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Enggan mengambil tindakan lanjut kerana menjej4skan perniagaannya, Haqiem dalam masa sama menganggap tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau saya jadi dia, tak perlu nak post di media sosial kerana boleh tutup periuk nasi orang lain. Ia satu perbuatan d0sa. Tidakkah dia rasa kesian dengan peniaga seperti saya?

“Kalau ada masalah boleh terus buat aduan di kaunter atau berjumpa saya jika berada di sana. Apa yang berlaku adalah urusan dia dengan Tuhan. Tak perlu untuk saya ambil tindakan,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang lagu baharu berjudul Aku, Hati Dan Perasaan, kata Haqiem ia sebagai simbolik mewakili mana-mana pihak yang takvt untuk meluahkan perasaan.

“Lagu kali ini berbeza dengan genre yang pernah saya buat sebelum ini. Ia boleh menjadi suara untuk orang yang takut meluahkan perasaan seperti m4ngsa bvli atau d3ra,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar