“Hati saya dah tertutup buatnya..”- Shakilla Khoriri Mula Meluahkan Perasaannya

Hampir 8 bulan bergelar ibu tvnggal, pelakon Shakilla Khoriri berkata hatinya sudah tertutup dan tidak mungkin akan kembali kepada bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali.

Memetik Kosmo, Shakilla berkata sebelum ini dia pernah terbuka untuk menerima semula bekas suami itu namun kini sudah tertutup sepenuhnya.

“Jujur saya katakan saya dah boleh ‘move on’ (teruskan hidup) tanpa dia (suami) di sisi. Hati saya dah tertutup buatnya. Kalau ditanya, ya saya masih sayangkan dia, tetapi bukan mencintainya. Begitu juga dia. Kami sudah tiada hati antara satu sama lain.

“Perasaan sayang yang masih berbek4s dalam hati ini pun disebabkan dia masih bapa kepada anak kami, Ameena, selebihnya tiada,” katanya.

Sama seperti wanita lain di luar sana yang dambakan kebahagiaan, Shakilla berkata dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana lekaki lain.

Saya juga mahukan kebahagiaan. Saya juga dambakan sebuah perkahwinan dan kehidupan yang pada akhirnya membahagiakan.

“Saya suka keluarga. Saya suka anak ramai. Saya suka keluarga yang hiruk-pikuk. Saya nak jaga suami dan anak saya,” kata pelakon, Shakilla Khoriri, 33, ketika ditanya mengenai kehidupannya selepas berp1sah dengan bek4s suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali.

Shakilla berkata, dia terbuka untuk berumah tangga lagi sekiranya bertemu dengan jodoh yang dapat menerimanya seadanya.

“Kalau ada orang yang boleh jaga saya, orang boleh terima saya dan anak, saya akan terima orang itu dan saya akan berkahwin,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya tak pernah nak tutup hati buat mana-mana lelaki lain. Asalkan dia dapat menerima dan faham saya serta anak seadanya, sudah cukup memadai,” katanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Shakilla berkata dia mahu memberi fokus pada kerjaya dan anak tungg4lnya, Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.

“Buat masa sekarang, saya enjoy (nikmati) kerja yang saya lakukan. Tawaran lakonan juga alhamdulillah tidak putus. Ini rezeki buat saya dan anak.

“Bekas suami juga banyak membantu dan tak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa walau kami sudah berpisah dan tidak lagi bersama,” katanya.

Menurut Shakilla, apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain yang mana akan mengukuhkan hubvngan dalam rumah tangga.

“Hubungan rumah tangga adalah di mana anda dan pasangan akan kongsi semua benda, takkan menghakimi anda, ada rasa percaya dan tidak rasa rasa sangsi. Itu adalah cinta,” katanya.

Ditanya sama ada akan ada harapan untuk dia dan Fizi kembali bersama, Shakilla menghormati keputusan Fizi. Malah menurut Shakilla, dia difahamkan Fizi sudah memiliki kekasih.

“Saya dah betul-betul ‘move on’. Kita dah tahu yang kami takkan kembali bersama. Dia pun cakap dah ada orang lain.

“Sedih memang sedih sebab kami pernah hidup bersama. Saya pernah sayang dia dan kami ada anak. Namun, bila dia dah buat keputusan untuk jumpa orang lain dan takkan kembali, saya hormat. Bila dia sendiri cakap begitu, saya dah tak ada harapan untuk bahagiakan dia,” katanya.

Shakilla dan Fizi berkahwin pada 2018 sebelum mengumumkan mengenai percer4ian mereka pada Disember tahun lalu.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia, 3.

Terbaharu, Shakilla kini membintangi telefilem berjudul Bukan Khadijah arahan Nor Ashikin Zainal dan akan ditayangkan di TV1, jam 9 malam pada 30 Julai 2022.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: HM, Kosmo