Ramai mengetahui rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sedang berg0lak kerana kehadiran orang ketiga.
Namun, itu tidak menghalang aktres berusia 37 tahun mengucapkan tahniah kepada suami tercinta apabila jualan tiket filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendominasi pawagam tempatan dengan kutipan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan.
Pergi ke set penggambaran
Puteri Sarah, 37, berkata, dia melihat kep4yahan yang dilalui pasukan filem itu sepanjang menyiapkan filem berkenaan hingga menjadikan ia naskhah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.
“Saya nak ucapkan tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga pasukan Mat Kilau kerana saya tahu macam mana proses mereka ‘shooting’ (penggambaran) dulu.
“Tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga produksi Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan. “ucapnya.
Memetik portal OhBulan!, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu dirinya menjadi saksi melihat proses pembikinan filem epik tersebut ketika sedang hamil anak kedua iaitu Sumayyah.
View this post on Instagram
“Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah (anak kedua) ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke lokasi penggambaran beri sokongan. Saya tahu proses yang dilalui mereka ketika penggambaran termasuk masalah di lokasi dan proses suntingan pun dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Puteri Sarah berkata, biarpun pada ketika itu dia sedang hamil namun itu tidak menghalang dirinya turun ke set penggambaran filem bagi memberikan sokongan kepada suami.
Sebagai saksi semasa pembikinan filem dari awal, Puteri Sarah mengatakan dia mengetahui segala proses yang dilalui termasuk masalah di set penggambaran dan proses suntingan dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
View this post on Instagram
Kongsi keuntungan?
Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu meluahkan penghargaan atas usaha kerja keras barisan pelakon dan kru yang menjadi tonggak utama kejayaan filem tersebut pada hari ini.
Dalam pada itu, Puteri Sarah menyifatkan kejayaan diraih itu juga berkat doa dan sokongan orang ramai.
“Berbanyaklah tahniah kepada pelakon, team kru yang paling penat sekali dan juga pengarah. Alhamdulillah syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.
“Kepada produksi Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!”katanya.
Sekadar info, filem Mat Kilau mula ditayangkan sejak 23 Jun lalu dibawah terbitan Studio Kembara Sdn Bhd dan diterajui oleh barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin Johan As’ari dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian.
Sumber: OhBulan! (Zulaikha), HM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook