[VIDEO] Hampir Tunjuk Wajah Bilal, Ramai Bayangkan Anak Neelofa Kacak!

Pelakon dan pengacara Neelofa sering menjadi tumpuan ramai sejak mendirikan rumah tangga dengan seorang penceramah bebas iaitu Harris Ismail atau mesra dipanggil PU Riz.

Tumpuan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor kini beralih kepada perniagaan dan juga hal rumah tangga.

Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, namun Neelofa tetap berkongsi perkembangan terkini melalui Instagram miliknya.

Lebih – lebih lagi sejak memiliki putera sulung, Muhammad Bilal yang kini memasuki usia enam bulan lebih.

Walaupun masih merah’siakan wajah anak terunanya, namun Neelofa tetap memuat naik perkembangan Bilal dari semasa ke semasa.

Terbaharu, Bilal sudah mula memakan makanan lembik berasaskan buah yang dibuat sendiri oleh umminya dan ini dikongsi sendiri oleh Neelofa.

Kemudiannya dimuat naik semula oleh peminat Neelofa menerusi aplikasi TikTok @seorangnur yang sentiasa berkongsi perkembangan terbaharu Neelofa dan Bilal.

Menerusi perkongsian video tersebut, meskipun Neelofa meletakkan emoji di wajah anaknya, namun masih dapat lihat sekilas wajah Bilal.

Video:

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet berpendapat wajah Bilal seperti anak orang Arab dan mat Saleh.

Selain itu juga, ada yang berpendapat seakan – akan wajah Jebat Jayden sewaktu bayi, anak saudara Neelofa.

Komen Netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://beritaawani.com/