Penyampai radio Sinar, Siti Elizad akui sedih dan tertek4n kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata.
Kata Elizad, rasa sedih itu kadangkala tidak dapat ditanggungnya dan ia perlu diluahkan menerusi tangisan.
“Orang tak tahu sebenarnya saya selalu menangis dalam bilik air seorang diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib saya masih belum hamil.
View this post on Instagram
“Saya sedih dan kadang-kadang tertanya juga, kenapa Allah dah bagi semua nikmat dan rezeki kepada saya tetapi rezeki cahaya mata sahaja belum saya nikm4ti.
“Namun saya bersyukur kerana suami sangat memberikan sokongan padu kepada saya supaya tidak terlalu bersedih dan tertekan memikirkannya,” katanya.
Elizad yang juga merupakan pengacara Mingguan Wanita itu berkata, ia dugaan besar dan berat buat dirinya kerana keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri itu sudah lama diimpikan.
Namun, Elizad berkata dia dan suami bakal menjalani proses IVF untuk langkah terakhir mendapatkan zuriat.
“Sejak tahun lalu sebenarnya kami sudah mula mendapatkan raw4tan dan mencuba makan pelbagai ubat tapi hasilnya masih sama.
“Setelah pelbagai usaha dilakukan, kini saya sudah bersedia untuk melakukan proses IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat,” katanya lagi.
Untuk info, Elizad berkahwin dengan Shamsul pada 11 Januari 2015 yang merupakan duda anak dua.
Sumber : Youtube
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Viralmy