Empat tahun pelakon Puteri Sarah Liyana ‘sor0k’ kemelvt rumah tangga dengan suami yang juga merupakan pengarah filem, Syamsul Yusof yang didakwa berpunca daripada Ira Kazar.
Kerja back to back
Menurut Puteri Sarah, dia tidak menidakkan kesibukan dia bekerja disebabkan ingin l4ri daripada terus dibel3nggu masalah.
Dedah aktres berumur 36 tahun ini, bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan mer4tap dengan apa yang berlaku.
Ya betul. Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati.
Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ket4gih asyik back to back.
Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri.
Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.
Ingatkan berjvang seorang diri
Ditanya sama ada anak-anak faham situasi sebenar, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memilih untuk merahsiakan.
Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin. Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.
Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan t0ksik jadi saya keluarkan.
Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati akui seb4k apabila Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail tampil ke hadapan dan bersuara mengenai isu pan4s tersebut.
Saya gembira sebab selama keluarkan kenyataan, saya ingatkan seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebar a1b.
Saya tahu Datuk dan Datin sokong tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul (anak sulung) dimasukkan ke hospital. Masa itu, saya tahu saya tidak berjvang sendirian. Saya rasa disayangi dan terjaga.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan sam4n di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung ganggvan serta pemer4san yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dil4nda mas4lah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Ohbulan