SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.
Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah yang berkuat kuasa Selasa.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad yang membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar berkata, ia dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Dalam pada itu, Baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang juga isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.
Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar