Generasi Ketujuh Mahsuri Kembali Ke Langkawi

Langkawi: Kehadiran generasi ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi, 37, dan anak lelakinya yang juga generasi kelapan di pulau ini mengvndang rasa teruja orang ramai.

Difahamkan Wan Aishah atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May bersama suami, Alee Tongyon, 39, dan anak lelaki mereka bercuti di pulau ini selama dua hari mulai Khamis lalu.

Wan Aishah yang lahir pada 1986 dan menetap di Phuket, Thailand dikatakan menamatkan svmpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi selepas pulau itu mendapat status pulau bebas cukai setahun kemudian.

Video dan gambar percutian tiga beranak itu yang dimuat naik warganet, produk pelancongan dan Wan Aishah sendiri, kini tul4r di media sosial sejak kelmarin.

Antaranya, video berdurasi 23 saat memaparkan keluarga itu mengunjungi sebuah restoran di Pantai Chenang dimuat naik pemilik restoran itu di aplikasi TikTok menggunakan akaun @miorjohan sebelum ia tul4r.

Ketika dihubungi, Mior Johan Johari, 32, berkata, dia mengenali Aishah sejak 2013 dan keturunan ketujuh Mahsuri itu datang semula ke pulau ini untuk bercuti secara senyap-senyap, Khamis lalu.

“Keluarga mentua saya memang kenal lama dengan keluarga Aishah di Phuket dan mereka (Aishah dan suaminya) sudah banyak kali datang ke Langkawi.

“Cuma kali ini agak istimewa kerana dia (Aishah) datang bersama suami dan anak lelakinya berusia enam tahun dikenali sebagai Mateen,” katanya.

Mior berkata, selain mengunjungi restorannya, Aishah dan keluarga turut mengunjungi beberapa produk pelancongan termasuk Underwater World Langkawi, Makam Mahsuri dan menaiki kapal layar melihat matahari terbenam.

Semakan di Facebook mendapati Aishah yang menggunakan akaun Nu May turut memuat naik gambarnya menaiki kapal layar ketika bercuti di pulau ini, Sabtu lalu.

Sementara itu, produk pelancongan popular, Underwater World Langkawi menerusi akaun Facebook rasminya turut memuat naik video berdurasi 17 saat yang memaparkan kehadiran Aishah, suami dan anaknya di pusat pelancongan itu.

Sumber: Facebook Nu May, Facebook underwater world Langkawi

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM