Seperti yang diketahui, Fasha Sandha bakal mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Aidil Aziz tidak lama lagi. Dalam pada itu, Nora Danish sempat memberikan ucapan dan doa khas buat Fasha.
Menerusi ucapannya, Nora mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Fasha sempena perkahwinannya yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Nora juga mendoakan semoga urusan perkahwinan dipermudahkan.
“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga jannah, jadilah isteri yang baik dan alhamdulillah. Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat,” katanya.
Diruangan komen ucapan tersebut, rata-rata netizen memuji Nora Danish yang sentiasa positif. Kata netizen lagi, mereka juga berharap hubungan baik antara kedua mereka akan berkekalan sampai bila-bila.
Pada bulan Ramadhan tahun lalu, Fasha Sandha akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dengan Nora Danish setelah sekian lama bersengketa. Keputusan itu dibuat demi hubungan anak-anak mereka yang bersaudara dan sangat rapat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Rotikaya