Laudya Cynthia Bella Pilih Tinggalkan Dunia Hiburan, Mahu Fokus Pada Akh1rat

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengejvtkan ramai pihak apabila dia mended4hkan akan meninggalkan pekerjaan sebagai penggiat seni hiburan.

MASIH mengvnci mulut berhubung g0sip perkahwinannya dengan lelaki dari Dubai, nama pelakon Laudya Cynthia Bella terus menjadi bualan apabila dia tiba-tiba mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni.

Dalam satu kenyataan, Laudya memberitahu dia sudah lama memasang niat untuk meletakkan noktah karier seninya dan memohon peminat terus mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan.

Menurut laporan Portal Jember, Laudya telah lama berniat untuk bersara dari dunia lakonan namun, tidak mempunyai kekuatan untuk merealiasasikan perkara tersebut lebih awal pada sebelum ini.

“Mohon doakan saya. Insya-Allah tiada filem lagi (berhenti berlakon). Semoga istiqamah. Kali terakhir saya berlakon menerusi filem Buya Hamka (2021),” katanya.

Difahamkan, asbab pelakon berusia 34 tahun itu membuat keputusan sedemikian disebabkan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada akhirat.

“Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini. Mohon segalanya dipermudahkan,” jelasnya.

Sebelum ini, nama bekas isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran itu menjadi bu4lan netizen di laman sosial apabila dia dipercayai sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dari Dubai.

Bagaimanapun, khabar angin tersebut din4fikan oleh pengurusnya serta menyifatkan ia adalah tidak benar sama sekali.

Untuk info, Laudya pernah bernikah dengan ahli perniagaan, Engku Emran pada 2017. Namun telah berpisah pada tahun 2020 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Kosmo!Online (Mohammad Shahemy Azmi), Portal Jember (Sherin Aprilia),  TikTok @gosipsekarang

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM, mstar