Sudah berpuluh tahun penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti yang bertapak dalam industri seni negara. Sekalipun ramai pendatang baru yang tumbuh bagai cendawan, namun aura Dato’ Siti masih berb1sa sehingga kini. Sesiapa sahaja pasti mengenali penyanyi nombor satu negara ini.
Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa skitar tahun 2006. Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang berumur 1 tahun.
Penantian selama 11 tahun, mereka dikurniakan Aafiyah yang menambah seri dalam kehidupan rumahtangga mereka. Aafiyah yang kini sudah bersekolah di sebuah sekolah swasta.
Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram Aafiyah, satu video telah dikongsikan untuk pengikutnya. Di dalam video tersebut, Tokti telah mer4kamkan gelagat anak perempuannya sedang mencuci rambut dan ditemani oleh ayahnya, Datuk K.
Untungnya Aafiyah ada bapa penyayang seperti itu, Dilayan bak puteri. Datuk K dilihat memegang erat Aafiyah sambil mencu1t hidung anaknya itu dengan penuh manja. Ia membuatkan Aafiyah berasa gembira dan tertawa dengan gelagat ayahnya.
VIDEO:
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya meninggalkan komen yang mengatakan Aafiyah sangat bertuah mempunyai seorang ayah penyayang seperti Datuk K.-TTK
KOMEN NETIZEN:
Sumber: https://www.instagram.com/aafiyahkhalid/ttk
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook