Populariti pelakon Meerqeen dan Anna Jobling telah mencipta fenomena sens4si di negara seberang, Indonesia menerusi drama lakonan mereka berjudul Melur Untuk Firdaus.
Pasangan drama sens4si, Meerqeen dan Anna Jobling meluahkan rasa terharu disambut bagaikan bintang ternama oleh peminat di Indonesia ketika mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta pada Ahad.
Berkunjung ke Jakarta pada Ahad, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkongsikan momen-momen ketika dia dan Meerqeen disambut peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta.
Bak selebriti K-pop, Anna dan Meerqeen dis3rbu segerombolan peminat yang setia menantikan kedatangan mereka berdua ke sana.
“Hai Jakarta, Anna dan Meerqeen udah nyampe di Jakarta. Anna senang disambut banyak fans di bandara. Hari ini ultah saya, banyak hadiah daripada fans.
“Alhamdulillah dan terima kasih. It’s time to rest, nanti kita ketemu lagi buat ngobrol-ngobrol guys,” tulis Anna di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Difahamkan Meerqeen dan Anna hadir ke Indonesia atas urusan kerja dan akan menetap di sana selama empat hari bagi jemputan temubual media, sesi bertemu peminat dan beberapa jemputan program TV di saluran Trans TV dan Trans 7.
Selain Anna, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, turut terharu dengan sambutan yang diberikan peminat dari Indonesia.
“Indonesia, you guys are awesome,” tulis Meerqeen menerusi IG Story.
Menurut seorang individu dari kelab peminat Anna, mereka telah berkampung di lapangan terbang itu seawal subuh berikutan hanya mengetahui tarikh kedatangan dua pelakon itu tanpa mengetahui masa sebenar ketibaan mereka.
Sekadar info, bakat Meerqeen dan Anna digilap selepas mereka menyertai pertandingan Hero Remaja dan Dewi Remaja yang dianjurkan majalah Remaja.
Foto: Instagram Anna Jobling & Meerqeen
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH, Gempak