Pelakon Zul Ariffin mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Zahirah Macwilson dan teman lelaki baharunya, pelakon Aiman Hakim Ridza.
Kata Zul, dia sedar akan perkembangan positif hubungan cinta pasangan pelakon itu dan berharap mereka menikmati momen-momen manis bersama.
“Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Baguslah, mereka pun masih muda dan banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama.
“Nikmati hidup kalian sebaik-baiknya,” katanya kepada Gempak.
Zul yang ditemui pada majlis pratonton filem Misteri Dilaila berharap bekas kekasihnya tidak bercakap perkara yang boleh menjejaskan nama baiknya di hadapan teman lelaki baharunya.
“Apabila sesuatu hubungan telah berlalu, saya tidak mahu bercakap buruk mengenai masa silam saya.
“Jadi, saya harapkan dia juga begitu,” tambahnya.
Zul dan Zahirah mula berkenalan pada 2015 namun akhirnya putus sekitar Mac 2018.
Setelah berakhir cinta mereka berdua, Zahirah mula menjalinkan hubungan dengan Aiman Hakim sekitar Disember 2018 hingga kini.
Pelakon Zul Ariffin enggan membuat kenyataan rasmi berhubung status hubungannya dengan wanita Ukraine, Tanya Glembotska yang pernah dikaitkan dengannya sejak tahun lalu.
Jelas Zul, segalanya sudah jelas di mata orang awam sejak skandal hubungannya dengan wanita terbabit didedahkan netizen satu persatu.
“Orang di luar sudah boleh berfikirlah. Saya tak perlu buat kenyataan rasmi berkenaan perkara itu,” ulasnya kepada Gempak.
Zul ketika ditemui pada majlis pratonton filem Misteri Dilaila di e@Curve Damansara malam tadi menganggap gelaran ‘husband’ yang ditulis Tanya di Instagramnya hanyalah atas dasar panggilan manja.
“Saya tak tahu nak kata apa, mungkin macam sesetengah orang di Malaysia yang menggunakan panggilan tertentu dalam satu perhubungan. Sayang, baby, you, I.
“Orang nak gelar apa pun suka hati dialah,” tambahnya.
Hubungan rapat antara Zul dan Tanya mula dihidu netizen menerusi persamaan kemas kini foto sejak pelakon itu berkunjung ke Phuket, Thailand tahun lalu.
Gadis itu juga difahamkan telah mencacah tatu tertulis nama ‘Zul’ di jari tangannya.
Manakala, baru-baru ini juga foto-foto terbaharu mereka kembali tular menerusi pembongkaran tanpa lelah netizen.
Akaun wanita itu juga turut diserang peminat fanatik Zul hingga pemiliknya memadamkan hampir kebanyakan gambar yang dimuat naik dan menyelar kembali tindakan netizen Malaysia yang bertindak agresif.
Secara tuntas kata Zul, dia tidak akan menafikan hubungan mereka dan mengandaikan masyarakat sudah boleh menilai sendiri berdasarkan apa yang mereka lihat.
“Saya tak nak cakap dia syok sendiri. Apa yang saya boleh cakap, saya tak nak denied this and that, orang kat luar boleh menelah perkara itu tetapi apa yang ada sudah cukup jelas.
“Anda tak akan dapat sebarang kenyataan rasmi daripada saya. Apa yang anda tengok, anda pun tahu.
“Sudah ada di situ, jadi tengoklah!” ujarnya.
Zul bakal muncul menerusi filem thriller seram Misteri Dilaila bergandingan dengan Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri.
Filem arahan Syafiq Yusof itu bakal ditayangkan pada 21 Februari 2019.
Sementara itu, Zul akui teruja menantikan maklum balas penonton untuk naskhah filem Misteri Dilaila yang akan ditayangkan pada Khamis ini.
“Selepas 10 tahun barulah saya dapat pegang watak utama dalam naskhah terbitan Skop Production. Semestinya saya teruja!” katanya.
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.
Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: SamSon Media