Mas Idayu Umum Tarikh Nikah, Tak Sangka Terima Tajaan Bernilai RM7 Juta

Penyanyi dangdut, Mas Idayu mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Penerbit Eksekutif TV3, Mohd Suffian Isa, 51, pada 16 September depan.

Pasangan berkenaan bakal diijabkabulkan dalam majlis yang akan berlangsung di Magica Hall, Quill Mall, Kuala Lumpur.

Bakal menjadi wedding of the year, majlis pernikahan dan resepsi penyanyi yang popular dengan lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan akan menerima tajaan bernilai RM7 juta.

Tajaan itu merangkumi lokasi majlis, busana persalinan, set barangan kemas tajaan Habib Jewels, katering dan perkhidmatan video dan fotografi untuk hari bahagianya itu.

Berbesar hati menerima tajaan sebesar itu Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata meski ia adalah perkahwinan kedua namun dia tetap teruja.

“Sebenarnya tiada sebab spesifik saya pilih tarikh 16 September ini, kebetulan ia Hari Malaysia jadi mudah ingat sebab saya jenis pelupa bab-bab tarikh.

“Alhamdulillah, saya tidak jangka akan menerima tajaan sebesar ini untuk perkahwinan kali kedua dan berterima kasih kepada semua penaja.

“Walaupun mendapat tajaan, namun saya akan turut sama memberikan idea termasuk tema perkahwinan, rekaan baju serta pemilihan aksesori barangan kemas untuk hari bahagia itu nanti,” katanya kepada MH.

Mas Idayu ditemui pada majlis memperkenalkan produk penjagaan kulit miliknya, Twenty yang berlangsung di Magica Hall, Cheras pada Ahad.

Bakal menerima tajaan hampir RM7 juta, Mas Idayu menganggapnya sebagai rezeki setelah 15 tahun tidak hidup berpasangan.
“Saya tak fikirkan sangat harga perkahwinan yang mencecah RM7 juta. Yang saya fikirkan adalah macam mana nak melalui kehidupan bersama setelah sekian lama saya tak lalui. Saya lebih fikirkan semoga dapat jalani kebahagian perkahwinan kedua ni sampai akhir hayat.
 
“Sekian lama tak berteman, tak percaya perkahwinan tapi kali ni terbuka pintu hati, itu yang saya fikirkan. Kalau tak bahagia, memang mami tak sampai ke sini.
 
“Kalau nak ikutkan kerja dan usaha selama ni, saya dah berada di tahap yang selesa cuma saya bertema kasih pada semua yang sudi menaja dan beri penghargaan yang besar pada saya,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai majlis perkahwinannya, Mas Idayu berkata dia hanya akan mengadakan satu majlis resepsi sahaja pada hari sama dengan pernikahan.

“Majlis pernikahan akan diadakan jam 10 pagi dan resepsi di tempat sama pada waktu malam.

“Saya memilih tema fairy tale dan semua tetamu diberikan dress code untuk memakai baju berwarna ungu,” katanya lagi.

“Sebenarnya dalam hati saya, saya tak sangka sama sekali ia akan jadi sevir4l ini. Siapa Mas Idayu dan Sufian Isa kalau nak vir4l. Ini bukan kesilapan tapi dia macam baru setahun dua, terbuka pintu hati saya.
 
“Sebelum ni yang ramai datang adalah lebih muda dari saya. Yang ni sekali datang tiba-tiba saya suka, jumpa pertama kali bincang pasal Anugerah Juara Lagu lepas tu kita minum kopi. Kali kedua kita jumpa, kita borak lebih dalam, kali ketiga lebih ke arah untuk kenal keluarga.
 
“Saya tak sangka bila Ramadan saya buka puasa dengan dia, itu yang vir4l. Rupanya orang ambil tahu pasal Mas Idayu ni,” katanya lagi.
 
Sekadar info, Mas Idayu dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menj4lin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.
 
Pada Mei lalu, Mas Idayu sudah ‘di1kat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor.

Bakal berbulan madu di Santorini, Greece, penyanyi lagu Cintaku 100 Percent itu juga berkata dia dan bakal suami akan berehat dua minggu selepas itu bagi melayari fasa baharu.

Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 sebelum bercer4i pada 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Dayini Ashiqah, 25 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH, Gempak